awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: KPDNHEP akan wujudkan mekanisme kawal selia industri kecantikan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
03/08/2022
04:08 MYT
Dewan Rakyat: KPDNHEP akan wujudkan mekanisme kawal selia industri kecantikan
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah tersebut bagi menjamin keselamatan pengguna termasuk melibatkan tawaran-tawaran terhadap perkhidmatan kecantikan - Foto Jabatan Penerangan
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mewujudkan mekanisme bagi mengawal selia industri kecantikan negara.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah tersebut bagi menjamin keselamatan pengguna termasuk melibatkan tawaran-tawaran terhadap perkhidmatan kecantikan.
Jelas beliau, kementerian menyedari industri tersebut sedang berkembang pesat di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
"Contohnya ada kes daripada syarikat yang berjanji untuk menyembuhkan (masalah) rambut tetapi bila dibuat tak berjaya.
"Kita tahu hal tersebut berdasarkan laproan datang daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Sejak 2018 hingga Jun ini, kita sudah menerima 661 kes berkaitan hal-hal kecantikan dan estetik.
"Tuntutan berkaitan hal ini adalah kelima tertinggi di TTPM (dalam tempoh dua tahun) dan kita sedang merancang untuk mengawal selia supaya pengguna terbela dan perniagaan ini tidak terjejas," katanya pada sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Rosol berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau sama ada KPDNHEP akan mempertimbangkan segera untuk mewujudkan mekanisme bagi mengawal selia industri kecantikan, yang didakwa berdepan dengan banyak aduan daripada pengguna.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#produk kecantikan
#industri kecantikan
#Rosol Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan