awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Kewangan 2021

Bernama
Bernama
15/12/2021
11:33 MYT
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Kewangan 2021
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2021 yang mendapat sokongan lebihan suara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2021 yang mendapat sokongan lebihan suara.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan kelulusan RUU itu yang telah dibahaskan oleh 15 Ahli Parlimen semalam dan disusuli dengan bacaan kali kedua dan ketiga hari ini.
Timbalan Menteri I Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah telah membentangkan RUU tersebut pada 9 November lepas bagi bacaan kali pertama yang turut melibatkan pindaan ke atas lapan akta dalam usaha melaksanakan Bajet 2022.
Ini melibatkan Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan 2018.
Ketika menggulung perbahasan RUU itu hari ini, Mohd Shahar berkata Kementerian Kewangan komited dalam memastikan akta ini tidak memberi kesan negatif kepada rakyat melalui pelan pelaksanaan lebih telus dengan hasil tambahan itu dapat disalurkan kepada program pemulihan negara.
Malah, katanya, aspek berkaitan penarikan pengecualian sumber pendapatan asing itu telah diteliti dengan kajian berkaitan turut dibuat sejak dua tahun lepas.
Menurutnya, ini melibatkan sesi libat urus Kementerian Kewangan dengan pihak berkaitan termasuk penyediaan kertas konsep oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri selain menerima pandangan menyeluruh daripada pelbagai pihak berkepentingan.
"Kementerian Kewangan juga perlu mengambil kira penglibatan dan komitmen di peringkat antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dan Kesatuan Eropah (EU) dalam menetapkan dasar percukaian semasa.
"Kita juga kekal terbuka menerima segala pandangan, termasuk menubuhkan sebuah pasukan petugas melibatkan kementerian ini, agensi kutipan cukai dan pakar percukaian yang mewakili pelbagai industri bagi membincangkan mekanisme ke arah memastikan pelaksanaannya secara lancar pada Januari 2022," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Rang Undang-Undang Kewangan 2021
#RUU
#Azalina Othman Said
#ahli Parlimen
#Timbalan Menteri I Kewangan
#Mohd Shahar Abdullah
#bajet 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan