MALAYSIA
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 peringkat dasar
Suasana ketika undi berbelah bahagi pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026 pada peringkat dasar selepas dibahaskan bermula dari 13 Okt lepas.
Ringkasan AI
Rang undang-undang yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada 10 Okt itu, diluluskan menerusi undi belah bahagian yang menyaksikan 120 Ahli Parlimen bersetuju, 67 tidak bersetuju dan 35 tidak hadir.
Menurut takwim Parlimen, perbahasan RUU itu bagi peringkat jawatankuasa akan bermula esok hingga 27 Nov ini.
Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat di bawah Kerajaan MADANI dan yang pertama di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Belanjawan bertemakan "Belanjawan Rakyat" itu memperuntukkan RM470 bilion perbelanjaan awam merangkumi RM338.2 bilion perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion pembangunan, selain pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (RM30 bilion), awam swasta (RM10 bilion) serta badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (RM10.8 bilion).
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Kalkulator Belanjawan 2026 - Ketahui Apa Manfaat Anda di sini!
Ringkasan AI
- Dewan Rakyat meluluskan RUU Perbekalan 2026 selepas perbahasan bermula 13 Okt lalu, dengan majoriti undi 120 bersetuju, 67 tidak bersetuju, dan 35 tidak hadir.
- RUU Perbekalan 2026 dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memperuntukkan RM470 bilion untuk belanjawan awam, dengan RM338.2 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion untuk pembangunan.
- Belanjawan 2026 adalah belanjawan keempat di bawah Kerajaan MADANI dan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), menitikberatkan tema "Belanjawan Rakyat" serta pelaburan dalam pelbagai sektor termasuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan swasta.