awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Siber 2024

Bernama
Bernama
27/03/2024
12:39 MYT
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Siber 2024
Gobind (dua dari kanan) bersama Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong; Ketua Setiausaha Kementerian Digital; Datuk Rodzi Md Saad; dan Ketua Eksekutif NACSA, Ir. Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin. - Foto/Kementerian Digital
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Siber 2024, yang bertujuan meningkatkan keselamatan siber negara menerusi pematuhan terhadap langkah, standard dan proses tertentu dalam pengurusan ancaman keselamatan siber.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata menurut RUU itu, terdapat 11 sektor yang ditakrifkan sebagai sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) iaitu sektor kerajaan, perbankan dan kewangan, pengangkutan, pertahanan dan keselamatan negara serta maklumat, komunikasi dan digital.
Turut tersenarai sektor perkhidmatan jagaan kesihatan; air pembentungan dan pengurusan sisa; tenaga; pertanian dan perladangan; perdagangan industri dan ekonomi; serta sains, teknologi dan inovasi.
Beliau berkata bagi sektor yang tidak ditetapkan sebagai CNII tidak diwajibkan untuk memaklumkan insiden keselamatan siber kepada Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan ketua eksekutif berkenaan juga tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan siasatan.
"Jika sesuatu entiti itu adalah sektor yang terangkum dalam definisi undang-undang ini, ia terikat, tetapi sekiranya tidak, ia tidak terikat dengan undang-undang ini tetapi mungkin berdasarkan kepada masalah yang kita hadapi itu, undang-undang lain akan terpakai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan RUU itu yang kemudiannya diluluskan selepas 20 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Selain itu, antara lain RUU itu juga berkaitan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara, kewajipan dan kuasa Ketua Eksekutif NACSA, pelantikan ketua sektor dan entiti CNII.
Mengikut data, Gobind berkata terdapat sebanyak 73 penyedia perkhidmatan keselamatan siber, namun data tersebut hanya dapat dimuktamadkan selepas RUU itu berkuat kuasa serta apabila proses pendaftaran dan pelesenan bermula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RUU Keselamatan Siber 2024
#NACSA
#sektor kerajaan
#sesi perbahasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan