awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat lulus RUU Langkah Sementara Kurangkan Kesan Penyakit COVID-19

Bernama
Bernama
25/08/2020
23:48 MYT
Dewan Rakyat lulus RUU Langkah Sementara Kurangkan Kesan Penyakit COVID-19
TAKIYUDDIN: Bagi menjadikan rang undang-undang ini sebagai undang-undang efektif maka kerajaan perlu adakan segala perancangan, perbincangan dan sesi libat urus dengan semua pihak yang berkepentingan dan pihak terkesan. - Gambar fail
Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 mengambil masa untuk dibentangkan di Parlimen kerana melibatkan perancangan dan perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan, Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.
Ketika menggulung rang undang-undang itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu bagi memastikan rang undang-undang itu lebih berkesan dalam membantu pihak yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
"Ramai yang membangkitkan kerajaan lambat membentangkan rang undang-undang ini tetapi saya nak tekankan kerajaan mengambil langkah mewujudkan rang undang-undang ini sejak daripada awal kita hadapi pandemik, seawal April dan Mei.
"Namun demikian bagi menjadikan rang undang-undang ini sebagai undang-undang efektif maka kerajaan perlu adakan segala perancangan, perbincangan dan sesi libat urus dengan semua pihak yang berkepentingan dan pihak terkesan termasuk kementerian, agensi, badan bukan kerajaan, masyarakat awam, badan swasta dan Bank Negara.
"Jadi kelambatan ini adalah disebabkan kita mengadakan perancangan, jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal," katanya.
Jelasnya, kerajaan telah membuat pindaan rang undang-undang itu kepada 58 perkara melibatkan kepentingan rakyat termasuk pengecualian setem, cukai pendapatan dan peremitan fi, sementara 24 daripadanya adalah berkaitan ekonomi.
Terdahulu, majoriti Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kelewatan rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen serta membandingkan langkah Singapura yang meluluskan Akta (Langkah-Langkah Sementara) COVID-19 2020 untuk negara berkenaan pada 7 April.
Antaranya, Dr Ong Kian Ming (PH-Bangi) yang berkata: "Singapura telah buat lockdown pada 7 April 2020 dan pada hari yang sama, rang undang-undang mereka diluluskan di Parlimen untuk memberi bantuan sementara kepada individu".
Turut membangkitkan isu kelewatan itu, Teresa Kok (PH-Seputeh), Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh), Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) dan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai).
Seramai 27 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang berkenaan yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah sementara bagi mengurangkan kesan COVID-19, termasuk mengubah suai 16 perundangan iaitu Akta Had Masa 1953; Ordinan Had Masa Sabah dan Ordinan Had Masa Sarawak.
Akta lain ialah Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948; Akta Insolvensi 1967; Akta Sewa Beli 1967; Akta Perlindungan Pengguna 1999; Akta Distres 1951; Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966; Akta Perhubungan Perusahaan 1967; Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981; Akta Pengangkutan Awam Darat 2010; Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987; Akta Mahkamah Kehakiman 1964; Akta Mahkamah Rendah 1948 dan Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1955.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara
#COVID-19
#cukai
#Dewan Rakyat
#ekonomi
#kelewatan
#kerajaan
#kesan COVID-19
#lambat
#langkah sementara
#mahkamah
#Nurul Izzah Anwar
#Ong Kian Ming
#pandemik
#Parlimen
#perbincangan
#Rang Undang-Undang
#Singapura
#Takiyuddin Hassan
#Teresa Kok
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan