KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024, antara lain melantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 16 Ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian pada sesi perbahasan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah ketika menggulung perbahasan RUU itu hari ini berkata pelantikan Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM melibatkan pindaan terhadap Fasal 2 Akta Polis 1967 (Akta 344) dengan memasukkan seksyen baharu 6A.
Beliau berkata pindaan itu dibuat bagi memberi perkhidmatan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal adat istiadat PDRM selain mengiktiraf kedudukan sebagai ketua agama negara di bawah Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.
"Cadangan penganugerahan pangkat Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM kepada Yang di-Pertuan Agong telah diperkenan dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja ke-265 yang berlangsung pada 21 dan 22 Feb 2024 di Istana Negara," katanya.
Mengulas mengenai Statut Rom, beliau berkata tidak timbul isu Yang di-Pertuan Agong dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas kes yang berkaitan memandangkan kuasa perintah dan kawalan pasukan polis seperti diperuntukkan di dalam Akta 344 adalah di bawah kuasa Ketua Polis Negara.
Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata pindaan akta itu juga melibatkan Fasal 3 bagi meminda Seksyen 17 iaitu menaikkan denda maksimum daripada RM100 kepada RM5,000 bagi kesalahan berkaitan pegawai polis yang telah terhenti tugasnya tetapi tidak memulangkan kelengkapan keanggotaan seperti senjata, amunisi dan lain-lain.
Beliau berkata pindaan tersebut hanya terpakai kepada pegawai dan anggota polis yang bersara wajib atau berhenti daripada perkhidmatan sahaja.
"Sejak 1967, peruntukan denda di bawah seksyen ini tidak pernah dipinda. Kadar denda ditingkatkan daripada RM100 kepada RM5,000 adalah bersesuaian dengan peredaran masa walaupun statistik menunjukkan belum ada kes direkodkan sebagaimana kesalahan berkenaan, peningkatan perkara ini adalah satu kaedah pencegahan daripada perkara ini berlaku," katanya.
Terdahulu, bacaan kali pertama pindaan itu dibentang di Dewan Rakyat oleh Shamsul Anuar Nasarah pada Isnin sebelum bacaan kali kedua semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah ketika sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Polis (Pindaan) 2024 pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dewan Negara lulus RUU Polis (Pindaan) 2024
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024.
Dewan Rakyat lulus RUU Polis (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024, antara lain melantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).