awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat lulus usul Menteri Kewangan (Diperbadankan) tukar baki pinjaman UDA Holdings

Bernama
Bernama
04/04/2023
07:23 MYT
Dewan Rakyat lulus usul Menteri Kewangan (Diperbadankan) tukar baki pinjaman UDA Holdings
Usul berkenaan dibawa oleh Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan dan diluluskan tanpa bahas. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul kerajaan melalui Kementerian Kewangan (Diperbadankan) untuk membuat pelaburan dengan menukar baki pinjaman kerajaan dalam UDA Holdings Bhd kepada ekuiti (modal saham).
Usul berkenaan dibawa oleh Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan dan diluluskan tanpa bahas.
UDA Holdings adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan).
Ahmad berkata usul tersebut melibatkan baki pinjaman kerajaan sebanyak RM165.28 juta untuk ditukar kepada unit saham biasa pada nilai RM1 bagi satu unit saham dalam UDA Holdings.
"Tujuan pinjaman ini ditukarkan kepada ekuiti adalah untuk mengurangkan beban kewangan UDA Holdings memandangkan sumber kewangan syarikat tersebut telah terhad iaitu melalui dana sedia ada yang telah diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi syarikat dan melaksanakan projek-projek pembangunan," katanya.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan Diperbadankan
#Dewan Rakyat
#Ahmad Maslan
#uda holdings
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan