[Terkini] Rayuan ditolak: Isa Samad dipenjara serta‑merta – Ikuti perkembangan kes!
MALAYSIA

Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja

Bernama 10/02/2026 | 11:19 MYT
Dewan Rakyat meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja selepas perbahasan oleh kementerian dan Jabatan Perdana Menteri. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja selepas semua kementerian dan Jabatan Perdana Menteri selesai menggulung perbahasan masing-masing.


Ringkasan AI
  • Dewan Rakyat meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja selepas perbahasan oleh kementerian dan Jabatan Perdana Menteri.
  • Isu yang dibangkitkan termasuk usaha membanteras rasuah, dasar kerja fleksibel, dan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.
  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 pada 19 Jan lalu.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Usul itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju setelah dibahaskan mulai 20 Jan, disusuli sesi penggulungan daripada kementerian bermula 4 Feb.

Antara isu dibangkitkan dalam sesi perbahasan ialah usaha kerajaan membanteras rasuah secara lebih holistik dan komprehensif, pelaksanaan dasar kerja fleksibel serta pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.

Pada 19 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Menurut takwim Dewan Rakyat, persidangan akan diteruskan dengan sesi pembentangan Rang Undang-Undang dan urusan kerajaan yang lain.

Persidangan bersambung esok.


-- BERNAMA


Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja?
    A: Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja diluluskan selepas perbahasan oleh semua kementerian dan Jabatan Perdana Menteri.
  • Q: Apakah isu yang dibangkitkan semasa perbahasan dalam Dewan Rakyat?
    A: Antara isu yang dibangkitkan termasuk usaha membanteras rasuah secara holistik, pelaksanaan dasar kerja fleksibel, dan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.
  • Q: Siapakah yang merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15?
    A: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.



#Dewan Rakyat #titah diraja #Yang di-Pertuan Agong #Sultan Ibrahim