KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022.
Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022 diluluskan selepas dibahas tujuh Ahli Parlimen, manakala Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022 diluluskan selepas lapan Ahli Parlimen berbahas.
Kedua-dua rang undang-undang itu dibentang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Berdasarkan rang undang-undang itu, pindaan pada Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91) melibatkan penyediaan dokumen dan rekod rayuan bebas kertas dalam prosiding perbicaraan rayuan jenayah, serta mengehadkan rayuan untuk kes-kes interlokutori sivil.
Mas Ermieyati ketika membentangkan rang undang-undang bagi bacaan kali kedua berkata cadangan pindaan itu, tidak melupuskan hak pihak-pihak untuk merayu dan didengar.
"Ini kerana mereka masih mempunyai ruang menghujahkan kes dalam perbicaraan penuh dan mahkamah akan memberikan penghakiman berdasarkan merit sesuatu kes. Akses kepada keadilan masih kekal dan tidak terjejas.
"Pindaan ini memperlihatkan hanya kes yang mempunyai merit akan didengar di Mahkamah Rayuan, dan menjadikan pentadbiran kehakiman lebih efektif dan masa serta kos pihak terlibat dapat dijimatkan tanpa menjejaskan keadilan dan hak mana-mana pihak," katanya.
Rang undang-undang itu juga membolehkan cara alternatif kepada pihak terlibat berkaitan serahan rekod dan dokumen berkaitan rayuan jenayah secara dalam talian, termasuk serahan Notis Rayuan dan dokumen lain berkaitan prosiding rayuan.
Bagi Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022, Mas Ermieyati berkata pindaan dibuat susulan daripada pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022, yang melibatkan penyediaan dokumen dan rekod rayuan bebas kertas dalam prosiding perbicaraan rayuan jenayah.
Katanya pindaan itu bertujuan memperluas cara penyampaian suatu salinan bertandatangan alasan keputusan dengan menghantar salinan itu ke alamat elektronik perayu atau peguam perayu, sebagai tambahan kepada amalan sedia ada.
"Bagi Orang Kena Tuduh (OKT) yang tidak diwakili peguam, perayu di penjara atau tiada kemudahan internet, tidak terjejas kerana pindaan itu hanya menambah cara penyerahan secara elektronik dan cara sedia ada (serahan fizikal) masih dilaksanakan," katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu.
Persidangan dewan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022
Kedua-dua rang undang-undang itu dibentang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Mas Ermieyati Samsudin. - Gambar/ Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.