awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat 'panas' isu kelulusan 101 projek bernilai RM6.61 bilion

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/08/2020
09:44 MYT
Dewan Rakyat 'panas' isu kelulusan 101 projek bernilai RM6.61 bilion
Polemik bermula apabila Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit COVID-19 2020). - Gambar fail
Polemik mengenai isu kelulusan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus ketika pentadbiran Pakatan Harapan 'memanaskan' Dewan Rakyat hari ini apabila wakil rakyat kerajaan menempelak bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Ia bermula apabila Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit COVID-19 2020) mendedahkan perkara itu.
Beberapa wakil kerajaan termasuk Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-UMNO) bangun mencelah dan mendesak supaya senarai projek berkenaan dibentangkan untuk penelitian lanjut.
"Kami mahu senarai penuh tender," kata Abdul Azeez.
Menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan, Guan Eng menjelaskan tender-tender itu mendapat kelulusan Kabinet dan tertakluk kepada peraturan sedia ada.
"Saya terbuka sekiranya Yang Berhormat nak berikan senarai tender yang diberikan bukan secara tender terbuka. Kalau kita nak lihat jumlah tender terbuka adalah jauh lebih besar dan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang disebut tadi," katanya.
Sejurus itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson) menyatakan persetujuan dengan desakan ahli Dewan untuk mendedahkan semua senarai kontrak tanpa tender supaya dihebahkan kepada awam.
Ini dipanaskan lagi dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bersatu-Gombak) turut mencelah menyatakan, dakwaan Guan Eng yang menyatakan Kabinet mengetahui kelulusan itu adalah tidak benar.
"Tidak betul Yang Berhormat Bagan kata Kabinet tahu, mana ada pembentangan senarai tender," katanya.
Tindakan Mohamed Azmin itu menimbulkan kecoh dalam kalangan blok pembangkang yang tidak berpuas hati.
Dewan Rakyat, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kemudian cuba menghentikan polemik itu dan mengingatkan ahli Dewan supaya bertenang dan meminta Tengku Zafrul untuk menyambung penggulungan.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#Dewan Rakyat
#kecoh
#Kementerian Kewangan
#Parlimen
#Polemik
#tender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan