awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: PDRM tahan 993 terlibat Macau Scam - Timbalan Menteri

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
30/11/2020
03:11 MYT
Dewan Rakyat: PDRM tahan 993 terlibat Macau Scam - Timbalan Menteri
Jonathan Yassin berkata daripada jumlah itu, sebanyak 912 adalah membabitkan warga tempatan manakala 81 lagi melibatkan warga asing. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 993 orang yang terlibat dalam jenayah Macau Scam bagi tempoh Januari hingga Oktober 2020.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yassin berkata daripada jumlah itu, sebanyak 912 adalah membabitkan warga tempatan manakala 81 lagi melibatkan warga asing.
"Seramai 605 orang pula telah dituduh di mahkamah dan kita belum ada maklumat tentang data Macau Scam yang ada di luar negara.
"Selain itu, KDN juga masih mengkaji secara terperinci berhubung faktor umur antara sasaran sindiket dan ia akan menjadi perhatian pihak kementerian," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Alamin (BN - Kimanis) ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Dalam pada itu, Jonathan (Bersatu - Ranau) berkata PDRM turut bekerjasama erat dengan beberapa pihak khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membanteras sindiket berkenaan.
"Selain itu, kerjasama antara agensi berkaitan seperti institusi perbankan, syarikat telekomunikasi juga telah dibuat bagi menerusi penubuhan jawatan kuasa teknikal bagi memastikan isu itu dapat dikawal," katanya.
Topic Berkaitan
#Macau Scam
#Dewan Rakyat
#Polis Diraja Malaysia
#Bank Negara Malaysia
#SKMM
#warga asing
#sindiket
#Parlimen
#jenayah
#PDRM
#KDN
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan