awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Pinjaman sehingga RM50,000, galak golongan muda sertai industri francais - Nanta

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/11/2020
04:15 MYT
Dewan Rakyat: Pinjaman sehingga RM50,000,  galak golongan muda sertai industri francais - Nanta
Alexander Nanta Linggi berpendapat, masih terdapat banyak lagi peluang untuk mengembangkan industri francais di Malaysia. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR :Kerajaan menyediakan Skim Pinjaman Kecil Francais (SPKF) yang menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 bagi membantu meningkatkan penyertaan golongan muda dalam industri francais di Malaysia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu, melalui skim ini, golongan itu berpeluang menceburi bidang perniagaan dengan menjalankan perniagaan secara francais mikro dan mampu milik yang ditawarkan.
"KPDNHEP berpendapat, masih terdapat banyak lagi peluang untuk mengembangkan industri tersebut bukan sahaja di Sarawak bahkan di seluruh negara," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) mengenai usaha kerajaan untuk mempergiatkan lagi penglibatan usahawan muda dalam bidang francais.
Dalam pada itu menjawab soalan tambahan Robert mengenai inisiatif Belanjawan 2021 dalam membantu industri francais, Alexander memberitahu, sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk pengembangan industri itu.
Menurutnya, inisiatif itu adalah bagi memanfaatkan golongan B40 dan M40.
"Jadi selaras dengan konsep francais untuk semua, kita melihat pembangunan francais perlu dilihat secara komprehensif dan memberi manfaat kepada golongan B40 dan M40," katanya.
Beliau turut menjelaskan, ia bukan sahaja tertumpu di Sarawak sebaliknya di seluruh negara.
Ekoran itu katanya, KPDNHEP sedang berusaha mendapatkan konsensus bersama beberapa institusi pembiayaan dan Persatuan Francais Malaysia dalam mencapai matlamat itu.
"Kita juga telah mengadakan perbincangan dengan beberapa jenama syarikat francais agar terlibat dalam bidang ini dan membangunkan idea francais mikro dan mampu milik ini," tambahnya.
Beliau turut memberitahu, KPDNHEP akan mewar-warkan pelaksanaan inisiatif itu setelah prosedur tatacara pelaksana tersebut dimuktamadkan.
Topic Berkaitan
#francais
#Skim Pinjaman Kecil Francais
#M40
#B40
#Alexander Nanta Linggi
#Sarawak
#Dewan Rakyat
#golongan muda
#Industri francais
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan