awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua pesawat bergesel di Lapangan Terbang Mumbai
Indonesia intai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan semikonduktor generasi baharu
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: PTPN diolah ikut acuan Malaysia

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
26/11/2020
04:28 MYT
Dewan Rakyat: PTPN diolah ikut acuan Malaysia
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pelan itu kini berada pada peringkat akhir sebelum ia siap sepenuhnya. - Gambar Fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 akan diolah mengikut acuan Malaysia bagi memelihara, mengukuh dan meningkatkan perpaduan masyarakat di negara ini.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pelan itu kini berada pada peringkat akhir sebelum ia siap sepenuhnya.
Katanya, pelan itu sedang dirangka yang bersifat khusus dan konkrit supaya dapat meneruskan agenda perpaduan negara.
"PTPN menggariskan program dan aktiviti khusus disusun secara jelas dan kohesi merentasi agensi kerajaan untuk dilaksanakan dalam jangka pendek, sederhana dan panjang bagi tempoh lima tahun bermula Januari 2021 hingga 2025.
"PTPN ini memperkenalkan pelan baharu berasaskan perubahan semasa masyarakat sebagai teras PTPN; menerapkan Rukun Negara; strategi tindakan konkrit dan khusus dirancang dan dilaksanakan dalam tempoh tertentu bagi memudahkan pemantauan berkala dilakukan.
"PTPN juga menjadi panduan dan rujukan bagi setiap individu serta agensi mengenai sebuah pelan tindakan bagi merealisasikan usaha ke arah perpaduan negara dan terakhir ialah memudahkan tindakan intervensi dilakukan bagi maksud penambahbaikan berterusan," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Dalam pada itu, Halimah berkata, PTPN bersifat spesifik, inklusif dan holistik yang bakal memandu pelaksanaan hala tuju negara merentasi pelbagai kementerian dan agensi kerajaan bagi menggerakkan usaha-usaha ke arah penyatuan dan integrasi nasional.
"PTPN ini diharapkan dapat menjiwai semangat terkini dalam negara dan masyarakat semasa.
"Pelan ini diolah dan disesuaikan dengan ‘acuan Malaysia’ yang mengutamakan individu, keluarga dan komuniti yang tersulam dalam sejarah, struktur sosial dan biografi," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#kerajaan
#perpaduan
#undang-undang
#Malaysia
#Pelan Tindakan Perpaduan Negara
#Datuk Halimah Mohamed Sadique
#Menteri Perpaduan Negara
#PTPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan