awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Dokumen palsu: Bekas pengarah, penggiat seni dipenjara 6 bulan, denda RM10,000
'Alhamdulillah… Medina stabil selepas pemindahan hati'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 mula di bahas peringkat jawatankuasa hari ini

Bernama
Bernama
30/11/2020
00:27 MYT
Dewan Rakyat: Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 mula di bahas peringkat jawatankuasa hari ini
Rang Undang-undang Perbekalan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diluluskan di peringkat dasar Khamis lepas dengan suara majoriti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Selepas diluluskan di peringkat dasar, Ahli-ahli Parlimen akan mula membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mengikut jadual giliran kementerian, perbahasan hari ini akan tertumpu kepada kementerian-kementerian di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.
Berdasarkan takwim Dewan Rakyat sesi perbahasan berkenaan akan berlanjutan selama 10 hari sehingga 15 Dis ini.
Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan diluluskan di peringkat dasar Khamis lepas dengan suara majoriti.
Usaha untuk mendapatkan undi belah bahagi oleh beberapa wakil rakyat pembangkang dan Bebas gagal pada hari berkenaan apabila hanya 13 Ahli Parlimen yang bangun menyokong, kurang dua dari jumlah yang diperlukan untuk membolehkan proses itu dijalankan.
Selain itu, menurut Aturan Urusan Mesyuarat, isu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi membanteras masalah sindiket Macau Scam yang semakin berleluasa dan menyusahkan rakyat adalah antara yang dijangka dijawab oleh wakil kerajaan dalam sesi soal jawab hari ini.
Perkara itu bakal diajukan Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) mengenai sejauh mana Kementerian Dalam Negeri bercadang untuk bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mewujudkan jawatankuasa khas itu.
Dalam pada itu, Menteri Kewangan dijangka mengemukakan Rang Undang-undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2020 untuk bacaan kali pertama.
Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perdana Menteri
#Dewan Rakyat
#ahli Parlimen
#Kementerian Kewangan
#perbahasan
#Rang Undang-Undang Perbekalan 2021
#Belanjawan 2021
#Macau Scam
#jawatankuasa khas
#Mohamad Alamin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan