KUALA LUMPUR:Isu berkaitan kesinambungan tulisan jawi dan kedudukan hutang semasa negara merupakan antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, Sabri Azit (PAS-Jerai) meminta Menteri Kanan Pendidikan untuk menyatakan kesinambungan tulisan jawi yang ditiadakan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sedangkan kursus-kursus berkaitan jawi disediakan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi.
Isu berkaitan hutang negara pula bakal dibangkitkan menerusi soalan Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimanakah kedudukan hutang semasa negara dan nisbah hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Dalam sesi soal jawab lisan itu juga, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan status terkini penyediaan vaksin COVID-19 bagi Malaysia, dan bilakah ia dijangka mula diberi kepada rakyat.
Tumpuan juga dijangka terarah kepada sesi perbahasan dan penggulungan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa melibatkan tiga lagi kementerian mengikut giliran seperti yang dijadualkan.
Tiga kementerian berkenaan ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, sesi perbahasan berkenaan akan berlanjutan selama 10 hari sehingga 15 Dis ini, sementara Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 29 hari sehingga 17 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 06 2020

Sabri bertanya mengenai kesinambungan tulisan Jawi yang ditiadakan di peringkat SPM. - Gambar hiasan

Perdana Menteri tiba di Madinah untuk ziarah
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz itu disambut oleh Timbalan Gabenor Madinah, Putera Saud bin Khalid Al Faisal.

AWANI Ringkas: Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Tringgus, Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dakwaan cuba disogok: Natrah buat laporan SPRM
Natrah, yang merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat.

Pindaan Akta 728 mampu luaskan bidang kuasa Maqis
Perkara itu sudah di peringkat akhir penelitian oleh pihak Jabatan Negara sebelum dibawa ke Parlimen untuk proses kelulusan.

Hadi Awang yakin rakyat boleh nilai kerajaan mana lebih baik
Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik.

Polis tahan warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan tawar gelaran Datuk palsu
Penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada Istana Kelantan.

5 hari padam kebakaran tapak pelupusan sampah
Operasi dilakukan dengan menggunakan teknik pemadaman yang dibahagikan kepada empat sektor.

COVID-19: Perintah sekatan di Auckland kembali dilonggarkan ke tahap dua
Sebarang perhimpunan sosial dihadkan kepada 100 orang pada satu masa.

COVID-19: Kelonggaran sekatan di UK mula dengan pembukaan sekolah pada Isnin
Orang ramai digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard dan berjaga-jaga agar sekatan tersebut tidak lagi terbatas selepas ini.

Dewan Rakyat: Pembelajaran tulisan jawi tetap diteruskan
Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi di SJK dan SK seperti yang diputuskan.

Dewan Rakyat sentuh isu tulisan jawi, kedudukan hutang negara hari ini
Sabri bertanya mengenai kesinambungan tulisan jawi yang ditiadakan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sedangkan kursus-kursus berkaitan jawi disediakan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi.

Tulisan jawi: ADUN Tras gagal peroleh kebenaran mula semakan kehakiman
Hakim memerintah Chow menjelaskan kos masing-masing RM5,000 kepada Majlis Daerah Raub dan kerajaan negeri Pahang, yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu.

Tidak perlu risau pelaksanaan Hari Jawi
Pelaksanaan Hari Jawi adalah bertujuan untuk mengekal dan memperkasakan sebahagian tradisi dan kebudayaan.

Apabila saya tiada, semuanya akan tinggal sejarah - Uncle Kuah
Kisah Uncle Kuah, satu-satunya pengukir batu nisan granit berketurunan Cina di Kuala Selangor, dan mungkin juga di Malaysia, yang masih hidup. Dan beliau bimbang legasinya akan terhenti.

Dong Jiao Zong akui pembelajaran tulisan Jawi bukan bermotif Islamisasi - Mujahid
Dong Jiao Zon bersetuju pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK bukan bertujuan untuk mengislamkan mana-mana pelajar bukan Islam.

Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia
Hussamuddin menyifatkan suasana hubungan kaum dan agama di negara ini semakin parah terutama sejak 20 bulan lalu.

Jawi khazanah negara, penentang agak keterlaluan
Semua ahli politik diminta tidak menghangatkan isu jawi, sebaliknya memberi tumpuan pada mutu pendidikan negara.

Bukan Maszlee, 'sedozen' menteri lain lebih layak letak jawatan - Khairy
Khairy Jamaluddin berpandangan bahawa terdapat "sedozen" lagi menteri lain yang lebih layak letak jawatan berbanding Dr Maszlee Malik.

Jawi: Dong Jiao Zong serah memorandum, mahu berjumpa Menteri Pendidikan
Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pendidikan berhubung pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran.