awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat terima pemakluman kekosongan kerusi Parlimen Kuala Terengganu

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/07/2023
11:10 MYT
Dewan Rakyat terima pemakluman kekosongan kerusi Parlimen Kuala Terengganu
Johari Abdul berkata, beliau menerima surat daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.036 Kuala Terengganu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat memaklumkan menerima surat daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.036 Kuala Terengganu.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, kekosongan itu berikutan penyandangnya Datuk Ahmad Amzad Hashim tidak mengemukakan rayuan yang berakhir pada 11 Julai lalu kepada keputusan mahkamah untuk membatalkan kemenangan calon Pas itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.
"Sehubungan itu, pihak SPR akan mengadakan satu pilihan raya bagi mengisi kekosongan tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan berkenaan," katanya dalam kenyataan yang dikongsi di Twitternya pada Jumaat.
Sebelum ini, Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu membatalkan kemenangan calon Pas itu selepas membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen itu, Mohd Zubir Embong.
Keputusan itu dibuat selepas pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak akan mengemukan rayuan terhadap keputusan itu.
Sebaliknya kata beliau, Pas sedia berdepan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK).
Menurut beliau, sekiranya Pas mengambil keputusan untuk merayu, maka ia akan melibatkan tempoh yang lama dan dalam tempoh terbabit rakyat tidak akan mempunyai ahli Parlimen.
Takiyuddin juga tidak menolak kemungkinan untuk mengekalkan calon sama bagi kerusi berkenaan.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Kuala Terengganu
#kekosongan parlimen
#pilihan raya kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan