awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Venezuela
Banjir kilat landa Kepulauan Sitaro, Sulawesi Utara — 16 maut, darurat diisytihar
Saman Renong-UEM: Permohonan Halim Saad untuk kebenaran merayu ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Di Gua Musang, polis pula dijangkiti demam campak

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
30/06/2019
10:55 MYT
Di Gua Musang, polis pula dijangkiti demam campak
HASANUDDIN: Setakat ini, hanya seorang anggota polis sahaja dilaporkan dijangkiti demam campak. - BERNAMA/Fail
Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, menerima rawatan di Hospital Gua Musang selepas dipercayai terkena jangkitan demam campak.
Anggota berkenaan antara yang bertugas dalam Op Batek di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan baru-baru ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan mengesahkan anggotanya terkena jangkitan ‘chicken pox’ atau campak biasa yang tidak serius dan bukannya dijangkiti dari Orang Asli Batek.
Anggota berpangkat Lans Koperal berusia 30-an itu dijangkiti penyakit berkenaan selepas sehari tamat bertugas dalam Op Batek pada 23 Jun lepas.
Selesai operasi, anggota yang bertugas sebagai jurugambar itu mengadu demam sebelum mendapatkan rawatan dan ditahan di wad Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.
"Sehingga kini anggota itu masih lagi berada di hospital. Pihak doktor mengesahkan penyakit itu bukan seperti yang dijangkiti oleh kaum Orang Asli Batek tetapi dia terkena campak biasa iaitu chicken pox," kata Hasanuddin pada Ahad.
Tambahnya, hanya anggota berkenaan yang dilaporkan dijangkiti penyakit itu.
Topic Berkaitan
#demam campak
#Gua Musang
#hassanuddin hassan
#kuala koh
#Op Batek
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan