MALAYSIA
Di mana Nurul Fatiha?
Nurul Fatihah dilaporkan hilang sejak 31 Ogos lalu. - Foto Sinar Harian
KAJANG: Polis giat mengesan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di sini baru-baru ini.
Kehilangan Nurul Fatiha Suhairi disedari pada 31 Ogos lalu dan lokasi terakhirnya dikenal pasti di Seri Ros Apartment, Taman Sepakat Indah, Sungai Chua, Kajang.
Butiran remaja itu ialah berketinggian kira-kira 143 sentimeter (cm), berbadan kurus dan kecil dengan berat 40 kilogram.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan kehilangan remaja itu diterima pihaknya pada jam 1.04 pagi Ahad.
“Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan.
“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 019-7691924,” katanya dalam kenyataan. - Sinar Harian