MALAYSIA
'Di Mana Putra?' teater kanak-kanak berskala besar pertama dipentaskan di Kelantan
Buat julung kalinya, teater kanak-kanak berskala besar bakal dipentaskan di Kelantan menerusi karya produksi Anak Seni Pendidikan Kelantan (Aspek) berjudul "Di Mana Putra? Kembara Ilusi Merentas Imaginasi, Fantasi dan Realiti".
KOTA BHARU: Buat julung kalinya, teater kanak-kanak berskala besar bakal dipentaskan di Kelantan menerusi karya produksi Anak Seni Pendidikan Kelantan (Aspek) berjudul "Di Mana Putra? Kembara Ilusi Merentas Imaginasi, Fantasi dan Realiti" yang dijangka menarik perhatian peminat seni persembahan tanah air.
Pementasan berdurasi sejam setengah itu, menampilkan lebih 20 pelakon dan akan berlangsung di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan, Tanjong Chat, pada Jumaat dan Sabtu ini bermula 9 malam. Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui platform Cloudjoy atau di reruai jualan yang disediakan.
Penulis skripnya, Lamia Aimal berkata teater itu mengangkat kisah "penyucian jiwa" watak utama, Putra, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang nakal, gemar berfantasi dan sering mengambil kesempatan terhadap orang lain.
"Teater ini membawa penonton menyelami perjalanan Putra yang hilang secara misteri dan terperangkap dalam dunia fantasi dan bertemu pelbagai watak termasuk Jack Sparrow, Peter Pan serta tokoh tempatan seperti Tok Janggut, Sarjan Che Wan dan Tok Kenali.
"Melalui pengalaman itu, Putra akhirnya menyedari nilai jati diri sebenar dan kepentingan menghargai insan di sekelilingnya," katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.
Sementara itu, Pengarahnya Aqil Rozai berkata pementasan berkenaan turut menampilkan pelakon kanak-kanak daripada pelbagai sekolah serta alumni ASWARA yang dipilih khas melalui sesi uji bakat.
"Selain lakonan, persembahan diserikan dengan permainan rakyat Kelantan, segmen interaktif bersama kanak-kanak serta persembahan korus oleh 13 murid sekolah rendah.
"Kanak-kanak yang terlibat bukan sahaja mempelajari seni persembahan, malah membina keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi di hadapan khalayak ramai," katanya.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, orang ramai boleh menghubungi pihak Aspek di talian 012-9559944 atau 014-5288199. Tiket berharga RM10 bagi dewasa dan RM7 bagi kanak-kanak.
Sementara itu, Pengarah JKKN Kelantan, Rohaniza Abdullah berkata pementasan itu diadakan hasil inisiatif bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta JKKN bagi memberi ruang kepada penggiat teater tempatan menampilkan karya mereka.
-- BERNAMA