NATIONAL

Di sosial media, #Selangor trending rakyat kongsi keluh kesah paip kering!

Astro Awani 13/10/2021 | 08:00 MYT
Antara daerah terbabit gangguan air ialah Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
SEJAK Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan akan berlaku gangguan bekalan air berjadual awal minggu ini, mula timbul rasa gelisah dalam kalangan rakyat di negeri itu.
Setakat ini, tanda pagar #Selangor mula trending dengan lebih 16,500 ciapan dibuat berhubung keluh-kesah warga Selangor berhubung gangguan air di 998 daerah di negeri berkenaan hari ini.
Tinjauan Astro AWANI mendapati ramai pengguna melepaskan rasa kekecewaan mereka di laman sosial Twitter peribadi mereka.
@good4youdean berkata dalam ciapannya, 'jangankan sarapan, mandi pun belum'.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang pengguna Twitter, Carmen Ng berkata, life as a Selangorian, a must-have skill: find ways to store water (kehidupan sebagai anak Selangor, skil yang perlu ada adalah cara-cara untuk menadah air).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Dah tadah air ke? Mulai esok, 998 kawasan sekitar Lembah Klang akan alami gangguan bekalan air
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sistem bekalan air mentah negara tidak efektif?
Tiada Bekalan Air | Tinjauan kesukaran penduduk Lembah Klang
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan, baru-baru ini memberitahu, antara daerah terbabit gangguan air ialah Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Gangguan bekalan air yang bermula jam 9 pagi (Rabu) itu adalah berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) selama 14 jam dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 11 malam, 13 Oktober ini.
#gangguan bekalan air #Air Selangor #Twitter #keluh-kesah rakyat