DENGKIL: Dari kejauhan, kelihatan seorang lelaki, kecil saja badannya, sibuk mengangkut air mineral berkotak-kotak sampai tersenget-senget badan dibuatnya.
Kotak-kotak itu diserahkan kepada mangsa banjir sebelum dia kembali ke kereta, keluarkan barang lain pula untuk kegunaan mereka yang terjejas di sekitar Dengkil.
Sejak Selasa lepas, begitulah rutin harian Rafiee Osman, 50, yang sibuk membantu mangsa banjir di kawasannya, bermula dari selepas Subuh hinggalah kadangkala sampai ke 4.00 pagi.
"Apa lagi yang tak ada? Bantal, tuala, selimut ada?
"Ada bayi tak di sini? Kalau ada saya boleh berikan susu."
Itulah pertanyaan awal yang terpacul dari mulutnya setiap kali tiba di rumah mangsa.
Berbekalkan sebuah pacuan empat roda, boleh dikatakan semua kawasan sudah diredahnya, menghantar satu demi satu bantuan kepada penduduk.
Rafiee atau mesra disapa Abang Rafi bukanlah orang senang tapi hatinya rasa tak tenang sekiranya bersenang-senang di rumah sedangkan dia tahu, ramai di sekelilingnya terjejas.
Semuanya bermula pada pagi Selasa, apabila dia melihat ibu yang baru tiga hari melahirkan anak, sibuk mencari 'toto' tapi gagal kerana wang tak cukup.
Dia cuba membantu tapi mereka cepat berlalu pergi, tak sempat pun Abang Rafi bertanya di manakah mereka tinggal.
"Punca daripada situ, hati saya rasa tak senang. Tak senang dengan keadaan banjir, keadaan dia yang baru melahirkan anak.
“Sendiri berjuang untuk dapatkan keperluan anaknya. Saya teringat benda itu sampai di rumah, saya gelisah, macam mana ini.
“Saya pun bukannya ada duit untuk beli barang-barang keperluan macam itu,” katanya.
Dia kemudian mendapatkan barang keperluan dari rakannya namun dia terkilan kerana tidak dapat menjumpai wanita itu dan barang yang dia ada diberikan kepada mangsa lain pula.
Bukan hanya agihkan barang, pacuan empat rodanya juga digunakan untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap, diredah sahaja dan ada kalanya, air sudah sampai paras pintu kereta.
"Saya tak fikir apa dah masa itu. Fikir nak selamatkan orang sahaja. Selesai satu 'trip', saya sambung lagi.
"Sampailah saya berhenti bila air dah terlalu tinggi. Risiko, bukan hanya kepada saya tapi kepada mangsa juga," ujarnya kepada Astro AWANI ketika sedang bersedia untuk memunggah barang bagi penyaluran bantuan untuk waktu malam pula.
Ditanya berapakah jumlah mangsa yang diselamatkan, ini jawapannya:
"Kalau kereta saya boleh bercakap, pasti dia akan beritahu tapi kalau tanya saya, biarlah orang yang dibantu dan Allah saja tahu."
Lima hari bencana di Dengkil, Abang Rafi masih sibuk ke sana, ke sini memberikan bantuan kepada penduduk.
Bantuan itu bukan darinya namun dari derma-derma individu, persatuan dan sebagainya dan tugas Abang Rafi, menyampaikan semuanya kepada mangsa, walau di ceruk mana sekalipun.
Tidur? Dua atau tiga jam saja sehari dan itu pun dia rasa rugi - kalau boleh mahu berjaga sentiasa, membantu setiap masa.
"Saya rasa kan dalam dua jam saya tidur pun terasa rugi sangat. Kalau boleh saya tak nak tidur, dua jam itu pun saya terasa rugi, memang terasa rugi dua jam itu.
“Rasa seronok membantu..tak tahulah nak kata. Kalau ada imbuhan, kalau ada gaji itu, mungkin rasa seronok itu lain tapi ini tuhan beri satu rasa…rasa untuk menolong padahal saya pun susah…saya pun susah, bukan saya senang.
“Tapi ada perasaan itu, walaupun dua jam tidur tapi tak tahulah, kalau boleh memang tak nak tidur,” katanya.
Umurnya sudah setengah abad namun dengan kudrat berbaki, dia terus berbakti kepada masyarakat meskipun dia juga mangsa banjir, rumahnya juga dimasuki air.
Namun, dia ketepikan masalahnya kerana dia tahu, masih ramai yang terjejas teruk dan dia rasa terpanggil untuk membantu, kalau tidak banyak, sedikit pun memadai.
“Kalau ikutkan kenderaan memang boleh hancur kan, dengan selut, dengan apa tapi perasaan puas tolong tu..tak boleh nak ungkap…tak boleh nak jual beli benda itu, perasaan itu,” katanya.
Ridauddin Daud
Sun Dec 26 2021
Bertemankan pacuan empat rodanya, Abang Rafi (kanan) sibuk masuk dari rumah ke rumah di kampung tersebut bagi menyerahkan bantuan kepada penduduk. - Astro AWANI
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Ketua pembangkang Korea Selatan desak pemecatan Yoon
Ketua pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung, menyatakan bahawa pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol adalah cara terbaik memulihkan ketenteraman negara.
Kenyataan itu dibuat sehari sebelum pengundian parlimen mengenai tindakan singkat Yoon melaksanakan undang-undang tentera.
Kenyataan itu dibuat sehari sebelum pengundian parlimen mengenai tindakan singkat Yoon melaksanakan undang-undang tentera.
Ketepikan perbezaan politik dalam atasi banjir di Lembah Klang, titah Sultan Selangor
Kaedah terbaik menangani banjir perlu dikenal pasti segera termasuk mendapatkan khidmat kepakaran serta teknologi baharu dari dalam dan luar negara.
Kerja pemulihan pasca banjir kawasan Hulu Langat hampir selesai
Kerja-kerja pemulihan jalan di sekitar Hulu Langat yang terjejas akibat bencana banjir besar yang melanda kawasan itu hujung tahun lepas hampir selesai.
Tidak seperti sesetengah negeri, Sabah berjaya urus banjir - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memuji usaha dan kemampuan kerajaan Sabah dalam menangani bencana banjir dan pasca banjir.
Banjir: Siapa yang 'sampah' sebenarnya?
Penduduk mendakwa proses pembersihan pasca banjir di kawasan itu dianggap perlahan.
MUDA akan lancar Bantuan Bangkit, sasar keperluan pascabanjir - Syed Saddiq
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, bantuan tersebut merangkumi bantuan kewangan serta peralatan termasuk untuk pelajar sekolah dan mahasiswa.
FRU turun padang, 'suraikan' lumpur banjir
FRU turun ke padang bukan untuk rusuhan, tapi untuk membantu mangsa banjir membersihkan tempat kediaman, premis perniagaan, serta rumah ibadah.
Di Sri Muda ada Abang Viva, di Dengkil pula ada Abang Rafi
Rafiee atau mesra disapa Abang Rafi bukanlah orang senang tapi hatinya rasa tak tenang sekiranya bersenang-senang di rumah sedangkan dia tahu, ramai di sekelilingnya terjejas.
JPBN, JPBD diarah selaras tindakan segera aktiviti pasca banjir
Orang ramai yang berada di lapangan diingatkan supaya mengambil langkah sewajarnya bagi mengekang penularan COVID-19.
Operasi pascabanjir termasuk bersih sekolah jadi PPS diselaras segera - NADMA
Menurut Aminuddin, perlu penggembelengan aset-aset kerajaan dengan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan dalam kerja-kerja pascabanjir.
Banjir: ATM tambah anggota, fokus bantuan pascabanjir - PAT
Hari ini ATM buat penambahan menjadikan 500 anggota utk membantu kerja-kerja pembersihan.