awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dialog terbuka PM bersama belia petang ini

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
19/03/2023
06:50 MYT
Dialog terbuka PM bersama belia petang ini
Selain Anwar, belia juga berpeluang berinteraksi dengan ramai pemain industri dan tokoh korporat di program Youth Empowerment Fair 2023 (YEF 2023). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadualkan mengadakan dialog dan sesi soal jawab terbuka bersama belia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, petang ini.
Peluang kepada kira-kira 8,000 belia itu dibuka dalam segmen 'Temu Anwar' di program Youth Empowerment Fair 2023 (YEF 2023) yang memasuki hari kedua penganjuran hari ini.
Selain pemimpin negara, belia juga berpeluang berinteraksi dengan ramai pemain industri dan tokoh korporat untuk mendapatkan pelbagai informasi berkaitan pemerkasaan belia.
Presiden Anwar Ibrahim Club (AIC), Azmi Mohd Nor, ketika ditemui berkata tujuan program ini diadakan ialah untuk mewujudkan satu platform bagi belia dan Anwar membincangkan pelbagai isu secara santai.
Antara topik yang dijangka akan dibangkitkan termasuk dasar ekonomi dan pasaran kerja yang membabitkan belia, selain isu nasional termasuk politik dan sosial.
"Program Temu Anwar telah dilaksanakan sejak 2009 yang membuka ruang kepada sesiapa sahaja terutamanye belia untuk bertanya soalan secara terus kepada beliau.
"Setakat ini, terdapat beberapa siri khas Temu Anwar diadakan iaitu Temu Anwar bersama mahasiswa, kumpulan profesional dan orang awam," katanya di sini, hari ini.
Perdana Menteri dijangka tiba pada 4 petang, sebelum melawat reruai YEF 2023 yang disediakan.
Beliau juga dijadualkan melancarkan inisiatif Dapur Madani yang dikendalikan oleh AIC yang akan mengedarkan pek makanan kepada golongan memerlukan pada bulan Ramadan ini.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, dalam segmennya bertajuk 'Pemerkasaan Belia Menerusi Platform Digital' berkata, kerajaan dalam proses berterusan menyediakan perkhidmatan internet berkualiti dan murah di seluruh negara.
Fahmi juga menyentuh mengenai keselamatan data pengguna internet dan keselamatan awam ketika menggunakan media sosial.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan untuk memantau penggunaan media sosial agar tidak melampaui batas sehingga menggugat ketenteraman awam," katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Belia
#dialog terbuka
#YEF 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan