awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dialog Tiga Penjuru: Cabaran melaksana bekerja empat hari seminggu

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2022
10:30 MYT
Dialog Tiga Penjuru: Cabaran melaksana bekerja empat hari seminggu
Program Dialog Tiga Penjuru malam ini akan membincang dan melihat cabaran bekerja empat hari seminggu dan adakah Malaysia mampu melaksanakannya. - Gambar Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, ribuan pekerja United Kingdom (UK) menyertai eksperimen bekerja empat hari seminggu tanpa potongan gaji.
Eksperimen bekerja empat hari seminggu yang dilakukan itu merupakan projek perintis dan sebagai percubaan terbesar bagi inisiatif seumpamanya.
Ia akan berlangsung enam bulan membabitkan 3,300 pekerja yang merangkumi 70 syarikat daripada penyedia perkhidmatan kewangan sehingga kepada restoran.
Di Malaysia juga terdapat cadangan agar kerajaan turut melaksanakan sitem kerja empat hari seminggu susulan portal berita Nikkei Asia.
Portal itu melaporkan, firma-firma dan kerajaan seluruh Asia kini sedang cuba melaksanakan idea tempoh bekerja empat hari seminggu, namun, secara berhati hati.
Usaha melaksanakan idea itu tercetus susulan kajian yang mendapati waktu bekerja pada waktu sedia ada dilihat memberikan kesan buruk kepada kesihatan pekerja dan malah ia tidak diterjemahkan kepada produktiviti yang tinggi.
Portal itu turut melaporkan, Jepun antara negara yang terkenal dengan budaya kerja lebih masa, kini cuba melaksanakan sistem baharu itu dengan beberapa syarikat gergasi mengorak langkah pertama.
Sehubungan itu, program Dialog Tiga Penjuru malam ini akan membincang dan meneliti cabaran bekerja empat hari seminggu dan adakah Malaysia mampu melaksanakannya.
Antara ahli panel bagi membincang perkara tersebut ialah Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong; Profesor Sumber Manusia dan hubungan Industri, UMK, Prof Dr Balakrishnan Parasurman dan Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani.

* Jangan lupa untuk menonton Dialog Tiga Penjuru dengan tajuk Seminggu Kerja Empat Hari? di saluran 501, astroawani.com dan semua aplikasi Astro AWANI bermula pukul 8.30 malam ini.
Topic Berkaitan
#Dialog Tiga Penjuru
#kerja empat hari seminggu
#United Kingdom
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan