MALAYSIA
Diam bukan pilihan, ini bukti keberanian wanita sertai misi kemanusiaan - Dr Fauziah
Dr Fauziah turut menekankan keberanian moral dalam misi kemanusiaan. “Silence is not an option,” tegasnya.
KUALA LUMPUR : Keberanian seorang wanita bukan sahaja diuji dalam kehidupan seharian, malah ketika terlibat dalam misi kemanusiaan di medan yang mencabar.
Doktor perubatan, Dr Fauziah Hassan yang merupakan peserta misi Freedom Flotila Coalition (FFC), menekankan bahawa berdiam diri bukan pilihan apabila terdapat peluang untuk membantu mereka yang memerlukan.
Beliau menjelaskan, misi ini menggunakan laluan laut mengikut undang-undang maritim antarabangsa bagi memastikan penghantaran bantuan ke Gaza dapat dilaksanakan tanpa sekatan.
Ujarnya, misi ini bukan sekadar penghantaran bantuan, tetapi simbol keberanian wanita yang menolak untuk berdiam diri, serta berani memberi suara dan mencetuskan perubahan bagi mereka yang memerlukan di Gaza.
“Ramai merasakan tidak puas hati dan ingin melakukan sesuatu. Sebenarnya, tiada sebab untuk berdiam diri apabila peluang untuk memecahkan kepungan melalui laut terbentang luas,” katanya ketika ditemui Astro AWANI selepas tiba di Istanbul, Turkiye, pada Jumaat.
Dr Fauziah turut menekankan keberanian moral dalam misi kemanusiaan. “Silence is not an option,” tegasnya.
Kata beliau, setiap individu, termasuk ibu yang berada di rumah, mempunyai keupayaan untuk menyokong misi kemanusiaan melalui kepakaran atau tindakan masing-masing, selain daripada sekadar berdoa.
Keunikan misi ini juga terletak pada kepimpinan wanita. Kapten Madeline Habib dari Australia dilantik untuk mengemudi kapal Conscience, bekerjasama dengan Kapten Hassan.
Menurut Dr Fauziah, penglibatan wanita dalam misi kritikal seperti ini membuktikan bahawa gender bukan penghalang untuk memimpin dan memberi impak.
Pada masa sama, Dr Fauziah, menzahirkan kesyukuran selepas selamat tiba di Istanbul dan dijangka pulang ke tanah air dalam masa terdekat. Beliau berkata ini merupakan pengalaman pelayaran kedua beliau selepas kali pertama pada 2016.
“Pada kali ini, kami dibawa ke penjara Kezyot di Negev. Keadaan sangat berbeza dengan misi 2016, kerana kami diberi amaran bahawa serangan pihak berkuasa boleh berlaku dalam tempoh lima hingga 10 minit sahaja,” katanya kepada Bernama.
Dr Fauziah turut berkongsi detik cemas ketika helikopter pihak berkuasa melancarkan serangan di kawasan mereka.
“Ada sebuah helikopter yang terbang sangat dekat dengan kapal dan angin sangat kuat. Saya duduk di paling depan kerana jawatan saya sebagai Steering Committee (SC) kapal. Saya rasa seperti nak melayang, tetapi pegang kuat-kuat supaya tidak jatuh. Saya syahadah banyak-banyak kerana menyangka saya menjadi sasaran,” katanya.
Beliau menambah, walaupun ada beberapa sukarelawan dikasari, tiada kecederaan serius berlaku. “Alhamdulillah, banyak yang terkena laser pada kaki dan kepala, tetapi tidak ada kecederaan yang membahayakan. Namun, ada juga yang dikasari semasa insiden itu,” katanya.
Kongsi beliau, pengalaman ini mengingatkan dirinya tentang risiko dan keberanian yang terlibat dalam misi kemanusiaan di kawasan konflik.
“Saya bersyukur kerana dapat menunaikan tanggungjawab kemanusiaan dan pulang dengan selamat,” tambahnya.
Misi kemanusiaan FFC x TMTG itu melibatkan kira-kira 150 aktivis dari 25 negara, menaiki sembilan kapal termasuk kapal Conscience dan Umm Saad yang dipintas tentera Zionis ketika berada kurang 120 batu nautika dari Gaza pada Rabu lepas sebelum ditunda ke Pelabuhan Ashdod dan kemudiannya dipindahkan ke penjara Ketziot di Negev, Israel.
Lapan rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Conscience ialah Ketua Delegasi Malaysia Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro AWANI, Syafik Shukri Abdul Jalil, manakala seorang lagi doktor perubatan Dr Maziah Muhammad berada di atas kapal Umm Saad.