awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#DiariLockdown: Diberi peluang bernafas antara motivasi diri sepanjang PKP

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2021
13:25 MYT
#DiariLockdown: Diberi peluang bernafas antara motivasi diri sepanjang PKP
Masih ada yang melihat tempoh PKP dari sudut positif, antaranya diberi peluang beribadah, bersama keluarga dan boleh jimat duit belanja. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: SUDAH hampir 500 hari rakyat Malaysia berada di bawah siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak ia mula dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020.
Selama tempoh itu, pelbagai kemelut, isu dan krisis yang kita dengar setiap hari terutamanya melibatkan kesabaran rakyat dalam melawan gelodak hati mereka.
Ada yang hilang sumber pendapatan, rumah tangga bergolak dan yang paling serius apabila ada dalam kalangan mereka mengalami kemurungan.
Paling sedih apabila kehilangan insan tersayang yang pergi gara-gara dijangkiti wabak durjana COVID-19.
Astro AWANI hari ini berkongsi serba sedikit komen dan pendapat orang ramai mengenai usaha dan motivasi mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam situasi kini.
Ada yang mengakui berdepan masalah kemurungan dan hilang motivasi diri, apatah lagi mahu memberi motivasi kepada orang lain.
Diri sendiri pun dah xde motivasi apatah lagi nak motivasikan orang lain.
— nicky minaz (@naizsssaaa) June 24, 2021
Bagi Zaid Zaid, dia menyuarakan keadaan ekonomi sebahagian besar rakyat Malaysia yang terkesan dan berdepan dengan kesukaran untuk meneruskan kehidupan.
Bagaimanapun, ada juga yang masih mampu memberi pandangan positif menerusi komen-komen mereka.
Aina Nazirah menyifatkan ini adalah waktu yang sesuai untuk mengenali diri sendiri.
Antara komen pengguna di media sosial tentang motivasi yang boleh mereka kongsikan kepada umum sepanjang tempoh PKP ini.
Antara komen pengguna di media sosial tentang motivasi yang boleh mereka kongsikan kepada umum sepanjang tempoh PKP ini.
Untuk Shahnaz Sabri, dia turut memilih melihat keadaan hari ini menerusi sisi positif dan menyifatkan ia waktu terbaik bersama keluarga, lebih masa untuk beribadah selain kurang berbelanja di luar.
Rata-rata komen turut bersyukur diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi Allah meskipun terpaksa mengharungi fasa kehidupan yang berliku.
Topic Berkaitan
#Astro
#ekonomi
#rakyat Malaysia
#Malaysia
#COVID-19
#pandemik
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan