awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diberi bantuan oksigen, Najman, isteri dan dua anak positif COVID-19

Gempak
Gempak
23/08/2021
22:30 MYT
Diberi bantuan oksigen, Najman, isteri dan dua anak positif COVID-19
Najman berkongsi keadaannya itu di akaun Facebooknya.
BEKAS penyampai radio Sinar FM, Najman Mohamed, 51, disahkan positif COVID-19 dan perlu bantuan oksigen.
Najman memaklumkan dirinya positif selepas menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR).
“Demam melampau level oksigen bawah level 92 atas nasihat doktor guna oksigen.. Ya Allah sembuhkan penyakit hambamu…COVID-19 fighter,” katanya.
Najman berkongsi keadaannya itu di akaun Facebooknya.
Dalam entri yang sama dia memuat naik fotonya terlantar di hospital dan diberi bantuan oksigen.
Difahamkan, Najman kini menjalani rawatan di Hospital Pakar Puteri (KPJ), Johor Bahru menggunakan bantuan oksigen berikutan tekanan yang rendah.
Selain Najman, isteri, Hawa Atan dan dua cahaya mata, Amirul Akidd serta Amirul Akiff turut disahkan positif. Sementara itu, menerusi laporan BH Online, isterinya yang berada pada tahap empat, namun semakin pulih dan mungkin dibenarkan keluar hospital. Manakala, dua anaknya hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah.
"Saya kini memerlukan bantuan oksigen kerana sudah berada pada tahap empat, manakala isteri beransur pulih. Insya-Allah, sekiranya tiada apa-apa, isteri dibenarkan keluar hospital, esok," katanya.
Pada Julai lalu, Najman kehilangan adik, Azman Mohamed, 45, dan isterinya, Norashima Ramli, 44, akibat COVID-19.
Pasangan berkenaan meninggalkan tiga cahaya mata berusia lima hingga 21 tahun yang turut disahkan positif.
Beberapa hari sebelum adik dan isterinya meninggal dunia, dia kehilangan seorang sepupu yang turut menjadi mangsa COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#najman mohamed
#penyampai radio
#Sinar FM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan