MALAYSIA
Didakwa bunuh ibu dan abang: Pelajar Tingkatan 5 direman

Suspek ydibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira pukul 9 pagi tadi. - Foto Astro AWANI
AYER KEROH: Pelajar Tingkatan Lima yang didakwa membunuh ibunya yang sedang tidur serta abang sulungnya di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai Melaka semalam, direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
Ringkasan AI
- Seorang pelajar Tingkatan Lima direman tujuh hari selepas didakwa membunuh ibu dan abang sulungnya di kediaman mereka di Melaka, dengan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Kejadian tragis berlaku pada awal pagi Khamis, dipercayai berpunca daripada tekanan perasaan dan dendam kerana sering dipaksa belajar, menyebabkan anak bongsu keluarga itu turut cedera parah ketika cuba membantu mangsa.
- Suspek ditahan dalam keadaan termangu-mangu, dengan laporan menyatakan dia telah menyimpan semula pisau lipat yang digunakan dalam beg sekolahnya selepas kejadian.
Remaja itu dikawal ketat oleh anggota polis selain petugas media yang memenuhi ruang mahkamah seawal jam 8.30 pagi tidak dibenarkan mengambil gambar berikutan suspek merupakan pesalah bawah umur.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi Khamis, seorang guru wanita berusia 51 tahun bersama anak sulungnya iaitu pelajar kolej lelaki berusia 21 tahun maut selepas disyaki ditikam oleh anak keduanya yang berusia 17 tahun
Kejadian turut menyebabkan anak bongsu lelaki berusia 13 tahun cedera parah akibat ditikam ketika cuba menyelamatkan kedua-dua mangsa.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan berkata, suspek dipercayai menikam ibunya beberapa kali di leher, pinggang dan belakang badan menggunakan pisau lipat berukuran kira-kira 20 sentimeter.
Siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai akibat tekanan perasaan dan dendam dialami suspek kerana sering kali dipaksa belajar untuk mendapatkan keputusan cemerlang.
Suspek ketika ditahan berada dalam keadaan termenung di garaj rumah setingkat itu selain dilaporkan menyimpan semula pisau lipat yang digunakan didalam beg sekolahnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami