Didakwa cabul pelakon wanita, YouTuber direman dua hari

Muhafandi Muhamad
Disember 11, 2020 04:00 MYT
Suspek direman dua hari bermula hari ini atas dakwaan mencabul pelakon wanita berusia 24 tahun. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Seorang YouTuber direman dua hari bermula hari ini atas dakwaan mencabul seorang wanita berusia 24 tahun.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Kamarul Hasyime Rosli pagi tadi.
Suspek yang berusia 22 tahun ditahan semalam selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.
Kertas siasatan turut dibuka ke atas penerbit dan pengarah drama dalam saluran YouTube itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Media sebelum ini melaporkan satu laporan polis dibuat oleh mangsa pada Jumaat lepas mendakwa suspek mencium, meraba bahagian dada dan kemaluan sebelum bertindak melakukan onani di sebuah penginapan inap desa di Kubang Kerian, Kelantan pada 2 Ogos lalu.
Insiden berlaku ketika mangsa yang juga pelakon dalam sebuah drama pendek arahan suspek menginap berseorangan di inap desa berkenaan.
#YouTuber #cabul wanita #onani #Seksyen 354 Kanun Keseksaan #Kamarul Hasyime Rosli #inap desa