KUALA LUMPUR: Singapura menjadi negara keenam yang melarang penceramah bebas popular dari Indonesia, Abdul Somad Batubara daripada memasuki negara itu.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, Abdul Somad yang tiba di republik itu pada 16 Mei telah dihantar pulang ke Batam, Indonesia pada hari sama selepas tiba di Terminal Feri Tanah Merah.
Selain Abdul Somad, 45, enam individu lain yang datang bersamanya turut tidak dibenarkan memasuki Singapura.
Menurut MHA, Abdul Somad didakwa sebagai 'pelampau dan pendukung dasar pemisahan' yang sama sekali tidak boleh diterima Singapura sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama.
"Sebagai contoh, Abdul Somad berceramah bahawa pengebom bunuh diri dibolehkan dalam konteks konflik Israel-Palestin dan dianggap sebagai operasi ‘mati syahid’.
"Dia juga pernah membuat kenyataan yang memburuk-burukkan anggota masyarakat agama lain, seperti orang Kristian, dengan menyifatkan salib sebagai tempat tinggal 'jin kafir'," menurut kenyataan yang disiarkan di laman web kementerian itu, semalam.
Mengulas lanjut, kementerian itu berkata, walaupun Abdul Somad cuba memasuki Singapura atas sebab lawatan sosial, tetapi pemerintah memandang serius sesiapa sahaja yang menyokong keganasan atau mendukung ajaran pelampau serta memecah belah masyarakat.
Ujar kementerian itu lagi, setiap kes dinilai berdasarkan merit tersendiri.
Sebelum ini, Abdul Somad dilaporkan dihalang memasuki Hong Kong pada Disember 2017 dan Timor Leste (2018).
Selain itu, dia juga didakwa tidak dibenarkan memasuki Switzerland, Jerman dan United Kingdom (2020).
Susulan tindakan Singapura, Abdul Somad pada Isnin menuntut penjelasan dan menyifatkan republik itu sebagai 'sombong'.
Memetik laporan media, Abdul Somad percaya sekatan terhadapnya mungkin berkaitan dengan larangan sama di Timor Leste pada 2018 ketika namanya dimasukkan ke dalam senarai pengganas.
Hasimi Muhamad
Wed May 18 2022

Penceramah bebas popular dari Indonesia, Abdul Somad Batubara dilarang memasuki Singapura kerana didakwa sebagai 'pelampau dan pendukung dasar pemisahan'.

Rapid KL sahkan terima aduan gangguan seksual dalam tren
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, kejadian dilaporkan berlaku sewaktu pengadu menaiki tren berkenaan dari Stesen LRT Pasar Seni kira-kira jam 7 malam.

Pesisir pantai jadi tapak sampah haram
Penduduk kemudian membakar sampah seterusnya meninggalkan kesan sebagai tempat pembuangan sampah.

Terbuka Malaysia: Penonton tunggu dua jam sebelum dapat masuk stadium
Arena Axiata hanya dibuka sejam sebelum aksi suku akhir kejohanan itu bermula, yang dijadualkan pada 3 petang.

TFC ll lonjak ke tangga teratas Liga Perdana, tewaskan Kuching City FC
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

Didakwa sebagai 'pelampau', penceramah Indonesia Abdul Somad dilarang masuk Singapura
Singapura menjadi negara keenam yang melarang kemasukan Abdul Somad.

Ustaz Abdul Somad nikahi gadis 19 tahun
Majlis pernikahan diadakan di rumah pasangannya Fatimah Az Zahra Salim Barabud di Jombang, Jawa Timur jam 4.30 petang.