Perselisihan faham antara seorang lelaki dengan majikannya berakhir dengan tragedi apabila pekerja itu maut dalam kejadian di sebuah kedai cuci kereta di Taman Chai Leng, Perai.
Mangsa, S.Gehanathan, 38 tahun, meninggal dunia pada pukul 11 pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, sebelum itu mangsa dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya pada pukul 4.30 petang Selasa akibat kecederaan parah.
Pihak hospital diberitahu dia terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Bagaimanapun, hasil bedah siasat menunjukkan kecederaan yang dialami mangsa bukan akibat kemalangan tetapi perbuatan jenayah.
Pemeriksaan lanjut mendapati luka di kepala, muka dan lengan mangsa menunjukkan kesan pukul.
Siasatan polis di lokasi yang didakwa berlaku kemalangan pula tidak menunjukkan sebarang kesan atau bukti kemalangan sebagaimana didakwa.
Nik Ros Azhan berkata, pihak polis telah ke lokasi kedai cuci kereta itu dan soal siasat ke atas tujuh pekerja, tiga daripadanya warga Myanmar, mengesahkan mangsa dipukul tiga lelaki, termasuk majikannya, susulan perselisihan faham.
Katanya, Gehanathan dikatakan telah mengirim mesej menerusi aplikasi WhatsApp bertujuan mengganggu isteri majikannya serta mengugut untuk menganggu keluarga lelaki berkenaan.
Berang dengan ugutan itu, majikannya bersama dua lelaki lain memukul mangsa sehingga parah. Majikan tersebut kemudian mengarahkan semua pekerjanya untuk berkata Gehanathan kemalangan jalan raya dan bukan dipukul.
Pemeriksaan polis di lokasi menemui percikan darah di dinding ruang tamu, sebatang kayu panjang 0.95 meter, tin cat serta kayu mop yang ada kesan darah. Kayu mop itu dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.
Susulan itu, polis menahan majikan yang berusia 35 tahun dan seorang lelaki berumur 21 tahun. Seorang lagi suspek lelaki berusia 30 tahun sedang dikesan polis.
Kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Mar 20 2019
Siasatan polis di lokasi kejadian pada Rabu. - Astro AWANI
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
Didakwa terlibat kemalangan, rupanya maut dipukul majikan
Perselisihan faham antara seorang lelaki dengan majikannya berakhir dengan tragedi di Taman Chai Leng, Perai.