[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DREBAR

Diesel gred EURO 5 tiba di BHPetrol Lembah Klang

Astro Publication 11/08/2015 | 03:57 MYT

BHPetrol, yang dimiliki Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd., menjadi jenama petroleum pertama di Lembah Klang yang menjual bahan api diesel gred Euro 5. Diesel ini dijenamakan sebagai Infiniti EURO 5 Diesel, yang sebelum ini terlebih dahulu dijual di beberapa stesen-stesen petrol BHPetrol Johor semenjak November 2014.

Diesel BHPetrol Infiniti EURO 5 ini diadunkan dengan aditif daripada Jerman dan dijual pada harga RM2.05 seliter, pertambahan RM0.10 ke atas diesel Euro 2M yang dijual sebelum ini. Ia hanya akan dijual di beberapa stesen BHPetrol yang terpilih buat sementara waktu sebelum ia tiba di lebih banyak lokasi.

Diesel EURO 5 adalah lebih baik untuk alam sekitar kerana kandungan sulfur yang jauh lebih rendah iaitu 10 bahagian dalam sejuta (ppm) berbanding 500ppm untuk standard Euro 2M.

Ia juga lebih sesuai untuk enjin diesel moden yang hanya dapat memberi prestasi optimum dengan bahan api kurang sulfur.
# # BHPetrol # Euro 5 diesel #BHP