Digitalkan perniagaan bersama Unifi Business
Astro Awani
Oktober 22, 2023 15:52 MYT
Oktober 22, 2023 15:52 MYT
PENGGUNAAN digital dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini perlu diperkasakan seiring dengan transformasi digital.
Ketua Pemasaran Digital, Unifi Business, Kelvin Shaman berkata, bagi memastikan PKMS terus menguasai pasaran, pihaknya menyediakan pelbagai penyelesaian perniagaan untuk meningkatkan perniagaan PMKS antaranya internet yang pantas dan stabil.
Empat penyelesaian perniagaan yang komprehensif tersebuf terdiri daripada penyelesaian pemasaran digital, hab e-Dagang, Setoran Awan dan Keselamatan Siber Kaspersky Small Office Security, yang merangkumi keperluan pelbagai perniagaan.
"PMKS merupakan tulang belakang ekonomi negara dan mereka perlu memanfaatkan ledakan digital untuk terus bergerak maju.
"Pelaksanaan digital secara tepat adalah langkah paling wajar dan Unifi Business sebagai rakan digital pilihan PMKS di Malaysia bersedia membantu melalui penyelesaian perniagaan yang menyeluruh, sokongan pasukan tempatan yang bertauliah dan komuniti melalui Unifi Business Club (UBC)," katanya.
Mengulas lanjut,beliau berkata, Jelajah Jiwa SME adalah platform terbaik yang memberikan pendedahan dan kesedaran tentang pendigitalan kepada PMKS di Pulau Pinang.
"Kita sentiasa memberi sokongan dan bimbingan kepada PMKS dalam perjalanan digitalisasi mereka dengan bantuan daripada 600 Pasukan Perunding Perniagaan yang bertauliah di seluruh negara.
"Selain itu, lebih 100 pakar pendigitalan yang diperakui dengan Pensijilan Antarabangsa untuk Literasi Digital (International Certification for Digital Literacy - ICDL) juga akan membantu PKMS," katanya.
Jelas Kelvin, menerusi Unifi Business Club (UBC), semua pelanggan akan menikmati faedah sebagai ahli termasuk akses kepada kepada kandungan yang bermanfaat serta terkini di portalnya https://ubc.unifi.com.my, antaranya webinar, bual bicara, sembang langsung, acara, tips perniagaan dan artikel untuk membantu mereka mengharungi dunia perniagaan.
Dalam masa sama, Kelvin mengalu-alukan kehadiran orang ramai khususnya usahawan seterusnya mendapatkan khidmat nasihat mengenai digitalisasi perniagaan.
"Kami di sini adalah untuk membantu pernigaaan dan membantu mendigitalisasikan perniagaan, jadi orang ramai jangan lupa untuk datang ke Jelajah Jiwa SME ini, dan kita akan memberikan bantuan yang diperlukan.
"Kami sedia membantu anda" katanya ketika ditemui di Jelajah Jiwa SME 2023 di Aeon Mall di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang berlangsung selama dua hari bermula 21 hingga 22 Oktober 2023.
Untuk keterangan lanjut berkenaan penyelesaian perniagaan daripada Unifi Business, pengguna boleh layari laman web https://biz.unifi.com.my/promotions/totalsolutions.
Acara kali ini menampilkan sekali lagi bengkel keusahawanan oleh Unifi Business dan TikTokShop
Segmen yang bakal menarik tumpuan ialah ‘Saya Jual’ yang memberi peluang kepada para usahawan PMKS membentang idea dan mengasah teknik pemasaran sambil dihakimi oleh juri.
Seramai 14 orang usahawan bakal berentap pada kali ini untuk dinobatkan sebagai pemenang.