Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut dari DAP, Fong Pau Teck mengambil sikap enggan memberi sebarang kenyataan biarpun dikenakan tindakan disiplin oleh parti itu.

"No comment....no comment...no comment," tegas Pau Teck kepada pemberita ketika ditanya mengenai tindakan disiplin yang kenakan terhadap beliau,

Pada Isnin, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan jawatankuasa tersebut berdasarkan tindakan Pau Teck yang sering menunjukkan perbuatan ingkar dan melanggar disiplin parti dalam banyak kes.

Kok Wai menyatakan bahawa keputusan tindakan disiplin kepada ADUN Pujut tu mengambil kira kepada tindakan Fong yang banyak kali mengingkari arahan parti.

Katanya, tindakan Pau Teck itu merupakan contoh yang tidak baik kepada parti dan tidak boleh dimaafkan dan jawatankuasa disiplin sebulat suara telah memutuskan untuk mengambil tindakan tersebut.

Bagaimanapun,jawatankuasa disiplin DAP turut memberikan masa sebanyak 14 hari kepada Pau Teck untuk membuat rayuan secara rasmi kepada parti tersebut .

Pau Teck diambil tindakan disiplin tersebut akibat keengganan beliau membayar yuran bulanan yang mandatori kepada parti tersebut selain kegagalan beliau membayar tunggakan hasil kenaikan elaun ADUN yang perlu dibayar oleh seseorang ADUN kepada parti.

DAP telah menetapkan semua ADUN yang mewakili parti itu diwajibkan membayar 10 peratus daripada gaji sebagai ADUN dan keengganan Fong itu menunjukkan sikap melanggar arahan dan tidak menghormati parti yang diwakilinya disamping menbelakangkan arahan yang telah dikeluarkan oleh pucuk pimpinan parti.

Walaubagaimanapun, Pau Teck dalam kenyataannya kepada media sebelumnya menyatakan bahawa dia akan membuat kenyataan rasmi kepada pihak media selepas tamat persidangan DUN pada 27 November ini.