"Dilahir dalam keluarga miskin, bukan sifat saya hina orang" - Ahmad Maslan mohon maaf

Astro Awani
Januari 15, 2021 03:20 MYT
Dengan rasa kesal, Ahmad berjiwa besar memohon maaf sambil mengingatkan asal-usul dirinya selain tidak berniat menghina orang lain. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tanpa ada niat untuk menyelar jauh sekali menghina orang lain, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan secara terbuka memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terkilan dengan kenyataannya sebelum ini.
Permohonan maaf itu dibuat Ahli Parlimen Pontian itu susulan kenyataannya bahawa hanya graduan Ijazah Falsafah Kedoktoran (PhD) sahaja dapat memahami keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tegas Ahmad, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merendahkan orang lain dan sebarang kelakuan seumpamanya yang berlaku adalah tidak disengajakan.
"Ya benar saya minta maaf kepada pihak yangg terkilan terhadap saya. Bukan perangai saya untuk rendahkan orang lain. Bererti itu bukan disengajakan," katanya dalam satu ciapan di laman Twitternya.
Kenyataan itu dibuatnya selepas menonton laporan berita memaparkan reaksi seorang pemarut kelapa yang berpandangan PRU tidak wajar diadakan buat masa ini kerana penularan COVID-19 masih berlaku.
BACA: 'Tidak perlu PhD untuk tahu rakyat susah' - Syed Saddiq bidas Ahmad Maslan
Dengan rasa kesal, Ahmad berjiwa besar memohon maaf sambil mengingatkan asal-usul dirinya selain tidak berniat menghina orang lain.
"Berbahas di Dewan Rakyat itu lain. Pun saya tak pernah hina mereka. Saya dilahir dalam keluarga miskin, anak penoreh. Bukan sifat saya hina orang," tambah beliau lagi.

Ya benar saya minta maaf kpd pihak yg terkilan terhadap saya Bukan perangai saya utk rendahkan org lain. Bererti itu bukan disengajakan Berbahas di #DewanRakyat itu lain. Pun saya tak pernah hina mereka Saya dilahir dlm keluarga miskin, anak penoreh. Bukan sifat saya hina org

— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) January 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ahmad Maslan #UMNO #keluarga #mohon #Maaf #Isu PHD