awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
03/10/2023
04:39 MYT
Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan mengulas mengenai desas-desus bahawa beliau akan dinaikkan pangkat sebagai menteri dalam masa terdekat susulan kekosongan portfolio Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari enggan mengulas mengenai desas-desus bahawa beliau akan ‘dinaikkan pangkat’ sebagai menteri dalam masa terdekat susulan kekosongan portfolio Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Bagaimanapun, tegas Adly, pelantikan mana-mana individu untuk menggalas tugas menteri, atau sebarang rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan adalah hak prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Itu prerogatif kepada Perdana Menteri. Bagi saya, pada ketika ini beri ruang kepada Perdana Menteri bagi menentukan kepimpinan untuk hari dan masa akan datang.
“(Rasional untuk ada rombakan Kabinet?) Yang itu pun terpulang kepada Perdana Menteri, saya tak nak komen. Macam saya sebut, memang kena bagi prerogatif kepada Perdana Menteri untuk tentukan kepimpinan pentadbiran,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau ditemui selepas perasmian Program Cakna Sains, Teknologi dan Inovasi Pertahanan anjuran Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) di Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), di sini.
Ketika ditanya nama yang dikemukakan oleh pucuk pimpinan Parti Amanah kepada Perdana Menteri untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri, Adly yang juga Naib Presiden parti itu menegaskan, Amanah mempunyai banyak bakat yang boleh diketengahkan.
“Bukan saya seorang sahaja… Amanah ada Ahli Parlimen dan juga ada kepimpinan-kepimpinan di peringkat Dewan Negara.
“Saya fikir Amanah cukup banyak bakat, dan saya fikir itu dapat memberi ruang kepada Perdana Menteri untuk membuat pilihan,” tambah beliau.
Memetik laporan media, Adly disifatkan sebagai individu yang paling berpotensi untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Sebelum ini, Anwar tidak menolak kemungkinan membincangkan cadangan rombakan Kabinet dalam pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Bagaimanapun, Perdana Menteri menjelaskan, rombakan Kabinet bukan perkara mendesak kerana hanya terdapat satu kekosongan jawatan perlu diisi iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang sebelum ini disandang Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Topic Berkaitan
#Adly Zahari
#Adly Zahari dilantik sebagai menteri
#Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan