MALAYSIA
Dimensi masa dan perjuangan sudah berubah - Syed Ali
Menurut Syed Ali, kegagalan untuk mempersoalkan hala tuju perjuangan sebenar berlaku apabila nurani dikuasai sifat haloba dan keengganan menerima teguran - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan bahawa perubahan adalah satu realiti yang tidak dapat dielakkan dalam landskap perjuangan semasa, meskipun sering kali sukar diterima kerana tidak selari dengan kehendak atau kepercayaan lama.
Bekas Senator dan bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, masyarakat kerap melihat sesuatu isu dari sudut yang sempit akibat didikan mempertahankan kepercayaan tanpa ruang soal jawab, sehingga menimbulkan sikap curiga terhadap pihak yang berbeza pandangan.
"Barangkali didoktrin bahawa perjuangan kita semuanya benar biarpun kebenaran itu ada ketikanya tidak bermanfaat kepada kelompok yang ramai," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook pada Rabu.
Menurut beliau, kegagalan untuk mempersoalkan hala tuju perjuangan sebenar berlaku apabila nurani dikuasai sifat haloba dan keengganan menerima teguran.
Beliau menambah, penafian terhadap realiti perubahan masa hanya akan menjauhkan masyarakat daripada kebenaran, sedangkan hakikatnya dimensi masa dan bentuk perjuangan telah berubah berbanding dahulu.
"Sudah tiba masanya kita meleraikan sangkaan buruk dan rasa keakuan, kerana gelanggang perjuangan hari ini jauh berbeza antara dulu, kini dan masa hadapan," ujarnya lagi.
Tanpa merujuk secara spesifik terhadap isu yang dimaksudkan, Syed Ali turut menyeru agar masyarakat kembali berpijak atas realiti sebenar dan menjadikan keinsafan sebagai asas kehidupan.