PUTRAJAYA: Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan sembilan sebatan oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana merogol, melakukan persetubuhan di luar tabii serta melakukan amang seksual terhadap sepupunya berumur 13 tahun, dua tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan lelaki berumur 30 tahun itu untuk mengurangkan hukuman penjara 20 tahun dan 14 sebatan yang dikenakan terhadapnya.
Hakim Kamaludin berkata setelah mempertimbangkan hujah kedua-dua pihak, mahkamah menaikkan jumlah penjara daripada 10 tahun kepada 15 tahun bagi kesalahan merogol dan mengurangkan enam sebatan kepada tiga sebatan.
"Bagi kesalahan melakukan persetubuhan di luar tabii dan amang seksual, mahkamah mengekalkan hukuman penjara lima tahun dan menurunkan hukuman empat sebatan kepada tiga sebatan.
"Hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 20 Okt 2021. Perintah pengawasan polis selama setahun selepas selesai hukuman dikekalkan," kata Hakim Kamaludin yang bersidang bersama Hakim Datuk Supang Lian dan Datuk Ahmad Nasfy Yasin.
Mengikut tiga pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol, melakukan persetubuhan di luar tabii dan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan itu di kebun getah di Sungai Siput Perak, pada 4 petang, 14 Ogos 2021.
Bagi kesalahan merogol, pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan serta perintah pengawasan di bawah Seksyen 295 (1A) Kanun Prosedur Jenayah.
Kesalahan melakukan persetubuhan di luar tabii adalah mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang berdepan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, manakala amang seksual mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Pada 27 Okt 2021, Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 14 sebatan selepas lelaki itu mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.
Bagi kesalahan merogol, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan manakala kesalahan melakukan persetubuhan di luar tabii dan amang seksual masing-masing dikenakan hukuman penjara lima tahun dan empat sebatan selain memerintahkan lelaki itu di bawah pengawasan polis selama setahun selepas selesai hukuman. Mahkamah memerintah hukuman tersebut dijalankan secara berasingan.
Pada 4 Ogos 2022, Mahkamah Tinggi Taiping mengekalkan hukuman itu selepas menolak rayuan lelaki berkenaan untuk mengurangkan hukuman yang dikenakan terhadapnya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aznee Salmie Ahmad manakala peguam Kathan Maruthamuthu mewakili tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023

Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan lelaki berumur 30 tahun itu untuk mengurangkan hukuman penjara 20 tahun dan 14 sebatan yang dikenakan terhadapnya. - Gambar hiasan

Jualan mercun, bunga api dalam talian dilarang - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya ada aduan berkaitan penjualan secara dalam talian dikesan.

TH gantung lesen pengelola jemaah haji syarikat Emraz Travel
Keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan syarikat tersebut.

Sherie Merlis kesal berita palsu dia meninggal dunia
Kata Sherie, berita berkenaan telah mengejutkan ahli keluarganya dan mula menghuru-harakan keadaan.

Bekalan telur sepanjang Ramadan, Aidilfitri mencukupi - FAMA
Pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.

Suri rumah didakwa guna lambang Datuk palsu
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Mei depan.

Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling digantung operasi
Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling ditutup ekoran tren tidak boleh beroperasi di laluan itu atas faktor keselamatan. Sehubungan itu, perkhidmatan bas percuma digerakkan bagi membantu penumpang dan operasi di laluan terjejas.

'Tak sabar nak jumpa cinta hati' - Daiyan Trisha sekali lagi tunai umrah di bulan Ramadan
Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah berkenaan.

Pasca lawatan Perdana Menteri ke China
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Lawatan PM Anwar ke China beri manfaat besar
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Ikut laporan disediakan Hasimi Muhamad, dari Beijing.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Dipenjara 15 tahun, 9 sebatan rogol, setubuh luar tabii sepupu bawah umur
Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan sembilan sebatan kerana merogol, melakukan persetubuhan di luar tabii serta melakukan amang seksual terhadap sepupunya.