awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tempoh kelulusan pinjaman agensi KUSKOP dipendekkan
Iran kritik WEF atas dakwaan amal dwistandard selepas jemputan dibatalkan
'Counter setting': Tiga pegawai imigresen, peniaga kedai makan didakwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DIPN: ATM bangunkan senjata laser, LMS hadapi 'drone warfare'

Asyraf Malik
Asyraf Malik
21/01/2026
09:10 MYT
DIPN: ATM bangunkan senjata laser, LMS hadapi 'drone warfare'
Mohamed Khaled (dua dari kiri) mendedahkan projek ketenteraan untuk pertahanan negara yang bakal menjadi tumpuan di bawah Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN). -Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Projek Pertahanan Nasional (PPN) di bawah Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) bakal menumpukan pembangunan projek berimpak tinggi, pemindahan teknologi dan peningkatan nilai rantaian bekalan sektor pertahanan negara.

Ringkasan AI
  • Projek Pertahanan Nasional (PPN) di bawah Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) akan menumpukan kepada pembangunan projek berimpak tinggi, pemindahan teknologi, dan peningkatan nilai rantaian bekalan sektor pertahanan negara.
  • Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menegaskan perlunya senjata laser anti-dron untuk menghadapi ancaman dron yang semakin meningkat, dengan teknologi laser sedang dibangunkan dan dijangka siap dalam tempoh setahun.
  • Sistem Senjata Tenaga Terarah bertenaga tinggi yang berasaskan laser sedang dibangunkan melalui kerjasama strategik dengan syarikat dari Republik Rakyat China, bagi memperkukuh sistem pertahanan udara Angkatan Tentera Malaysia dan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata inisiatif ini memastikan keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipenuhi melalui ekosistem industri tempatan yang kukuh.
Jelasnya lagi, dalam mendepani bentuk ancaman baharu, antaranya kaedah serangan menggunakan dron, MINDEF memacu pembangunan senjata laser anti-dron yang disasarkan siap dalam tempoh setahun.
"Kita berdepan ancaman dron, jadi kita perlu ada senjata yang sesuai untuk menanganinya, teknologi laser merupakan antara keupayaan penting yang sedang kita bangunkan," jelas Mohamed Khaled.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), di sini, pada Rabu.
Untuk rekod, Sistem Senjata Tenaga Terarah berasaskan laser bertenaga tinggi dibangunkan dengan kerjasama syarikat dari Republik Rakyat China bagi memperkukuh sistem pertahanan udara ATM.
Juga dikenali sebagai Directed Energy Weapon (DEW), kerjasama strategik ini membolehkan latihan kepakaran dan penyelidikan berterusan dijalankan bagi membina keupayaan nasional dalam teknologi berkenaan, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar.
Serangan berasaskan dron diperhatikan menjadi taktik popular dalam konflik Ukraine-Rusia serta kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Gaza, di mana aset ini dapat menjalankan risikan dan mencetuskan kemusnahan secara hampir halimunan.
Turut dalam perancangan ATM adalah pembangunan dron kamikaze tempatan atau Loitering Munition Systems (LMS) yang boleh membuat pemantauan dan seterusnya menghapuskan sasaran.
"Dron ini untuk ditembak, maknanya dia bukan macam biasa yang akan pulang selepas dilepaskan. Matlamatnya adalah dron ini akan sampai ke sasaran sejauh lima kilometer dalam masa 20 minit, kemudian meletup," jelasnya.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tujuan utama Projek Pertahanan Nasional (PPN) di bawah Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN)? A: Projek PPN bertujuan untuk menumpukan pembangunan projek berimpak tinggi, pemindahan teknologi, dan peningkatan nilai rantaian bekalan sektor pertahanan negara.
  • Q: Apa yang dimaksudkan dengan Sistem Senjata Tenaga Terarah berasaskan laser yang dibangunkan dengan kerjasama Republik Rakyat China? A: Sistem Senjata Tenaga Terarah berasaskan laser adalah senjata laser anti-dron yang dibangunkan bagi memperkukuh sistem pertahanan udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama syarikat dari Republik Rakyat China.
  • Q: Mengapakah teknologi laser penting dalam menghadapi ancaman dron mengikut Menteri Pertahanan? A: Teknologi laser penting kerana ia merupakan antara keupayaan penting yang sedang dibangunkan untuk menangani ancaman dron yang semakin meningkat dalam bentuk serangan menggunakan dron.

Topic Berkaitan
#Mindef
#ATM
#DIPN
#senjata dron
#Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
#Directed Energy Weapon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan