awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penguatkuasaan JPJ terhadap kenderaan berat sepanjang tahun - Loke
MINDEF perkukuh tatacara dan tatakelola, tutup ruang rasuah, salah guna kuasa
'Black Maria' bawa OKT terbalik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DIPN perkasa industri pertahanan negara, kurangkan kebergantungan pihak luar - Pakar

Pia Ernadya
Pia Ernadya
28/01/2026
05:00 MYT
DIPN perkasa industri pertahanan negara, kurangkan kebergantungan pihak luar - Pakar
Prof Adam Leong Kok Wey menegaskan bahawa Malaysia kini masih bergantung kepada beberapa kuasa besar, termasuk Amerika Syarikat. -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) dilihat sebagai langkah strategik untuk membangunkan industri pertahanan tempatan yang mandiri.
Menurut Pengarah Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa, Prof Adam Leong Kok Wey, ini sekali gus mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada aset dan bekalan pertahanan dari luar negara.
“(Malaysia) kena self-reliant supaya kalau terjadi isu konflik di antara Malaysia dengan mana-mana negara luar, kita ada industri tempatan sendiri yang mampu menyokong sekurang-kurangnya sokongan bantuan logistik.
“Ini merangkumi logistik, ransum makanan, pakaian dan sebagainya. Jangan cakap pasal peluru berpandu selagi keperluan asas seperti ini belum terjamin,” katanya dalam Agenda AWANI pada Selasa.
Agenda AWANI: DIPN | Strategi Menangani Cabaran Keselamatan Alaf Baharu
Beliau menegaskan bahawa Malaysia kini masih bergantung kepada beberapa kuasa besar, termasuk Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, UK dan China, untuk peralatan tentera kritikal.
Oleh itu, beliau melihat bahawa kebergantungan ini menimbulkan risiko sekiranya bekalan senjata atau alat ganti terganggu akibat isu geopolitik atau persaingan antarabangsa.
“Justeru itu, saya berpandangan DIPN ini adalah satu langkah yang progresif untuk membantu negara kita menuju ke arah yang betul.
“Macam saya cakap, ini bukan jangka pendek. Ia akan memakan masa yang panjang untuk kita belajar teknologi dan sebagainya sampai kita boleh capai tahap sekurang-kurangnya seperti negara Korea Selatan atau Turki,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#DIPN
#Agenda Awani
#Mindef
#Kementerian Pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan