awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dira dilantik Timbalan Speaker wanita pertama DUN Melaka

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
27/12/2021
03:59 MYT
Dira dilantik Timbalan Speaker wanita pertama DUN Melaka
Khaidhirah yang dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN, sekali gus menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan berkenaan. - Astro AWANI
AYER KEROH: Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas hari ini menyaksikan veteran politik yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Ibrahim Durum dilantik sebagai Speaker DUN.
Perlantikan itu bagi menggantikan Datuk Ab Rauf Yusoh yang memenangi kerusi DUN Tanjung Bidara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) November lalu.
Cadangan melantik Ibrahim itu dikemukakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebelum mendapat sokongan majoriti 15 ADUN yang lain.
Beliau sebelum ini memegang jawatan Exco Melaka pada tahun 1990 selama empat penggal sehingga tahun 2004 lalu.
Sementara itu, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai ‘Dira’ dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN, sekali gus menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan berkenaan.
Dira yang merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Isnin, sebelum ini memenangi kerusi DUN Rim selepas kali pertama mempertaruhkan nasib pada PRN Melaka lalu.
Mula bergiat aktif dalam dunia politik sejak tahun 2015, beliau juga merupakan pemegang Sarjana Dasar Awam Universiti Malaya.
Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama DUN Melaka yang sebelum ini dijadual berlangsung sehingga Khamis ini diubah kepada sehari bagi pelaksanaan perlantikan Speaker dan Timbalan Speaker, angkat sumpah barisan ADUN dan pembentangan Bajet 2022 negeri Melaka.
Topic Berkaitan
#Khaidhirah Abu Zahar
#Timbalan Speaker
#Melaka
#ibrahim durum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan