MALAYSIA

Disambut senyuman, pihak pengurusan kuil tenang teruskan aktiviti seperti biasa

Hilal Azmi 28/11/2018 | 00:32 MYT
Berkawal dalam tenang. KEadaan di sekitar kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya kembali normal. - Astro AWANI/Hilal Azmi
Ketika mendapat arahan untuk bertugas membuat liputan di Kuil Sri Maha Mariamman, debaran kuat dirasakan.

Bukan apa, limpahan maklumat di WhatsApp dan Facebook nyata mengundang pelbagai persepsi dan buah fikiran.

Begitupun, setibanya di lokasi, kelihatan sekurang-kurangnya 12 jentera Pasukan Polis Simpanan (FRU) dengan lebih 100 anggota sedang berkawal, namun dalam keadaan yang tenang.

Difahamkan, keberadaan mereka sejak semalam telah berjaya mengawal keadaan yang dilihat seperti tiada apa-apa berlaku.

Suasana di lokasi nyata berbeza sama sekali dengan cerita-cerita yang dikongsikan di media sosial.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Memasuki perkarangan Kuil Sri Maha Mariamman, sapaan kami disambut dengan senyuman oleh pihak pengurusan kuil yang baru selesai menjalankan ritual pagi.

Jeyakumar Subramaniam, Penasihat Kuil memberitahu, suasana telah kembali normal.

“Situasi kembali normal sejak semalam. Hanya pihak polis dan FRU saja berkawal di sini.

“Semuanya OK setakat ni cuma kadang-kadang orang salah faham yang mungkin mewujudkan masalah lain.

“Bagi saya semuanya normal saja,” katanya lagi.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Semalam, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi kenyataan medianya telah mengingatkan orang ramai untuk hentikan penyebaran maklumat yang belum disahkan benar.

Ingatan SKMM itu tepat pada masanya sesuai dengan situasi yang semakin memuncak dengan maklumat tidak benar disebarkan tanpa disahkan.

#insiden kuil #kawalan keselamatan #kuil sri maha mariamman #rusuhan #Subang Jaya