KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen, di sini pada Khamis bahawa dia dikecam dan diugut bunuh setiap hari disebabkan video kanak-kanak perempuan sindrom Down, Bella.
Semasa membaca pernyataan saksi di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, Siti Bainun, 31, berkata, dia hilang pekerjaan dan perniagaan makanan yang diusahakan selepas dipulaukan.
Dia yang hadir tanpa diwakili peguam berkata, tindakan saksi pendakwaan pertama, Zurianty Sudin, 40, menyebarkan video Bella yang disunting turut menyebabkannya hilang segala-galanya.
“Saya takut untuk keluar dari rumah kerana ugutan yang saya terima.
“Ketika mendapatkan rawatan di hospital, ada juga jururawat yang cuba membahayakan saya sehingga peguam terpaksa masuk campur untuk pastikan keselamatan saya,” katanya.
Dia yang menangis ketika membaca pernyataan saksi itu berkata, perasaan curiga mula timbul apabila Zurianty merakam dan menyebarkan video itu kerana pembantu pengurus kewangan sebuah syarikat swasta itu tidak pernah mengambil tahu tentang Bella.
Sebelum ini katanya, Zurianty tidak pernah bertanya, ambil tahu, jaga, mandikan, suap atau bermain dengan Bella.
Sekiranya Zurianty berniat mahu menyelamatkan Bella, wanita itu berkata, tiada keperluan untuk rakannya ini bertindak dengan membabitkan banyak pihak serta menggunakan sentimen anak orang kurang upaya (OKU) didera, semata-mata mahu mendapatkan perhatian masyarakat.
“Ia juga membantu Mona Din (aktivis) membangkitkan kemarahan netizen untuk membenci saya.
“Sedangkan Zurianty tahu kesannya, saya akan dihina dan dicemuh oleh rakyat Malaysia yang tidak pasti akan kebenaran,” katanya.
Mengulas lanjut, Siti Bainun berkata, lebih membingungkan apabila pegawai penyiasat mengatakan, tiada keperluan untuk melihat dan mendengar video tular itu.
Dia berkata, sekiranya pegawai penyiasat menyiasat video dan membuat transkrip berkenaan, ia tidak memprejudiskan perbicaraan dan penyiasatan terhadapnya.
Meskipun diperlakukan sedemikian, Siti Bainun berkata, tiada sebab untuknya bergaduh dengan Zurianty.
"Selepas kes ini tular, saya masih bersangka baik dan kerana tidak suka bermusuh," katanya.
Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Pada 20 November 2021, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja sama.
Pada 24 November tahun lalu, Siti Bainun diperintah untuk membela diri atas dua pertuduhan tersebut. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 26 2023

Siti Bainun berkata, dia hilang pekerjaan dan perniagaan makanan yang diusahakan selepas dipulaukan.- Foto Sinar Harian

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Bersalah atau tidak dera Bella, nasib Siti Bainun diketahui 3 Mei nanti
Keputusan sama ada Siti Bainun bersalah atau sebaliknya akan diketahui pada tarikh yang dinyatakan, kata hakim Izralizam Sanusi.

Saya minta 'ubat' paling bagus rawat lecur pada tangan Bella - Siti Bainun
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini mengaku telah meminta 'ubat' paling bagus di farmasi untuk merawat kecederaan lecur pada tangan remaja perempuan sindrom Down di bawah jagaannya.

Kes Bella: Siti Bainun nafi gaul cili beri makan pada Bella
Kata Siti Bainun, dakwaan saksi Suhana Zam tidak benar kerana dia tidak pernah mengambil peduli mengenai keadaan anak-anak jagaannya.

Kes Bella: Cerita Bella dibawa ke klinik bukan rekaan - Siti Bainun
Seperti ibu-ibu lain, Siti Bainun berkata, dia memberikan rawatan terbaik kepada anak-anak jagaannya termasuk Bella, jika mereka sakit.

Kes Bella: Tak pernah beri Bella makan cili, najis dan simbah air panas - Siti Bainun
Kata Siti Bainun, Bella tidak pernah sekalipun menyusahkannya.

Saya sayang Bella lebih dari anak lain - Siti Bainun
Siti Bainun turut menyifatkan Bella seorang yang kelakar, manja dan suka menyanyi seorang diri di depan cermin, membuatkan beliau suka menyakat remaja berkenaan.

Kes Bella: Hakim berang tunggu Siti Bainun, peguam
Siti Bainun berada di luar mahkamah jawab panggilan ketika hakim sudah masuk untuk memulakan prosiding.

Kes bella: Siti Bainun serah 218 eksibit kepada pembelaan
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen dia telah menyerahkan beberapa gambar dan video Bella, serta laporan polis kepada pasukan pembelaan.

Kes Bella: Siti Bainun lantik semula seorang peguam pernah mewakilinya
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali melantik semula seorang daripada lima peguam yang sebelum ini menarik diri daripada mewakilinya, untuk mengendalikan prosiding membela dirinya.

Tidak pernah pijak atau tendang perut Bella - Siti Bainun
"Saya tidak mendera Bella. Jika benar saya berniat untuk mencederakan Bella, tidak mungkin saya akan cuba menyembuhkan Bella."