MALAYSIA
Disekat ke luar negara, Fahmi Reza mahu ambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa
Fahmi Reza menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan. - Foto fail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza yang kecewa dihalang ke luar negara tanpa penjelasan yang munasabah pada Sabtu, berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan sebagai langkah menuntut haknya.
Ringkasan AI
Beliau turut mempersoalkan sikap kerajaan yang didakwanya enggan mengambil tanggungjawab, sebaliknya hanya menuding jari antara satu sama lain.
"Aku tak nampak mana-mana pihak kerajaan yang berani ambil tanggung jawab atas kesilapan korang yang menyebabkan hak kebebasan bergerak aku disekat.
"Korang senang je cakap tiada sekatan rasmi. Tapi realitinya, aku tetap kena sekat semalam. Aku tetap tak dapat ke luar negara. Aku tetap dinafikan hak aku sebagai rakyat.
"Kalau rakyat buat salah, korang tak tunggu lama untuk heret kami ke mahkamah.
"Kali ini, giliran rakyat pula untuk heret pihak berkuasa ke mahkamah," katanya dalam kenyataan yang dikongsi di Facebooknya di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Fahmi turut menegaskan bahawa kerajaan dan pihak berkuasa tidak kebal daripada tindakan undang-undang serta menyeru rakyat agar tidak takut untuk menuntut keadilan.
Susulan dakwaan sekatan itu tular di media sosial Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, hari ini, mengarahkan polis untuk menyemak semula perkara tersebut dan memberi penjelasan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, kemudian menjelaskan Fahmi Reza dikenakan sekatan pergerakan, sebaliknya menjelaskan bahawa namanya hanya berada dalam senarai pemantauan pergerakan untuk tujuan rekod dan rujukan dalaman.
Beliau berkata, berlaku kekeliruan semasa semakan di pintu keluar negara menyebabkan arahan sekatan dikeluarkan secara tidak tepat, dan perkara itu sedang diteliti untuk penambahbaikan prosedur.
Ringkasan AI
- Aktivis Fahmi Reza kecewa selepas dihalang ke luar negara tanpa penjelasan jelas, dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan bagi menuntut hak kebebasan bergeraknya.
- Beliau mengkritik kerajaan kerana tidak bertanggungjawab dan saling menuding jari, serta menyeru rakyat agar tidak takut menuntut keadilan apabila hak mereka dinafikan.
- Perdana Menteri mengarahkan siasatan semula, dan Ketua Polis Negara menjelaskan bahawa Fahmi hanya berada dalam senarai pemantauan, bukan sekatan rasmi, namun berlaku kekeliruan semasa semakan di pintu keluar negara.