awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disenarai 20 anak muda paling berpengaruh, ini harapan netizen kepada Syed Saddiq

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/11/2018
14:00 MYT
Disenarai 20 anak muda paling berpengaruh, ini harapan netizen kepada Syed Saddiq
Netizen mahu Syed Saddiq turut menyumbang dalam pembinaan rohani dan sahsiah generasi muda. - BERNAMA
Kejayaan disenaraikan sebagai antara anak muda paling berpengaruh dunia diharapkan menjadi pemangkin untuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, untuk terus bersemangat tinggi sebagai suara generasi muda di Malaysia.
Harapan itu disuarakan pengguna laman sosial selepas Syed Saddiq memuat naik keratan berita berkenaan pengikitrafan yang diberikan oleh platform polisi global, Apolitical, ke akaun media sosialnya.
Dalam masa yang sama, netizen juga meluahkan hasrat agar Ahli Parlimen Muar itu meletakkan aspirasi politik selari dengan kehendak serta tuntutan agama.
View this post on Instagram
Kejayaan ini bukanlah kejayaan diri saya, tetapi kejayaan Anak Muda Malaysia. Kita kini diiktiraf di persada antarabangsa kerana telah menjadi nadi dalam pembangunan Malaysia Baharu. . Anak muda kini tidak boleh lagi dipandang ringan dan diabaikan, tetapi patut dilihat sebagai pendorong utama dalam usaha pembangunan negara. Saya berbesar hati dengan pengiktirafan "World's 100 most Influential Youg People 2018", tetapi saya lebih berbesar hati dapat berkhidmat untuk Anak Muda Malaysia. Saya dedikasikan anugerah ini kepada kamu semua! . Terima Kasih kepada semua yang banyak memberikan sokongan sejak dari dahulu. This a victory not just for me but for all of the Malaysian youth. We have been recognised internationally to have contributed to the new Malaysia. . The Youth should never be an afterthought , but a priority in the nation building process. It’s an honour to be listed as one of the World’s 100 Most Influential Young people of 2018, but it’s an even greater honour to serve the Youth of Malaysia. I dedicate this to the Youth of Malaysia, whom I am proud to serve. . #YouthPower
A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on
Nov 28, 2018 at 11:03pm PST
Netizen mengingatkan kuasa dan pengaruh yang dimiliki Syed Saddiq sangat besar dan beliau perlu turut menyumbang dalam pembinaan rohani dan sahsiah generasi muda.
Penyenaraian ini meletakkan Syed Saddiq antara dua wakil dari Asia yang berjaya dinobatkan dalam senarai 20 teratas dunia bersama Menteri Teknologi Maklumat dan Pembangunan Luar Bandar, Andra Pradesh, di India.
Dalam reaksinya terhadap penyenaraian itu, Syed Saddiq menyifatkan ia satu kejayaan dan pengiktirafan tidak langsung kepada pembentukan Malaysia Baharu.
"Anak muda kini tidak boleh lagi dipandang ringan dan diabaikan, tetapi patut dilihat sebagai pendorong utama dalam usaha pembangunan negara.
"Saya berbesar hati dengan pengiktirafan 'World's 100 Most Influential Young People 2018', tetapi saya lebih berbesar hati dapat berkhidmat untuk anak muda Malaysia," tulisnya di laman sosial.
Topic Berkaitan
#Asia
#Belia
#laman sosial
#menteri
#Menteri Belia dan Sukan
#Muar
#politik
#Syed Saddiq
#Syed Saddiq Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan