awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
[TERKINI] Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi di Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diserang 'panic attack' Maya Karin 'diselamatkan' hero di FFM32

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
03/12/2022
14:41 MYT
Diserang 'panic attack' Maya Karin 'diselamatkan' hero di FFM32
Maya berkata, rakan artis, Faizal Hussein yang pada ketika itu turut menjadi pasangan penyampai anugerah menyelamatkan dia daripada terjatuh di pentas. - Sumber foto Instagram @maya_karin
KUALA LUMPUR : Pelakon terkenal, Maya Karin mendedahkan dia diserang 'panic attack' atau serangan panik ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang disiarkan secara langsung di TV2 pada malam Jumaat.
Situasi itu menyebabkan aktres yang sinonim dengan lakonannya dalam filem seram Pontianak Harum Sundal Malam itu hampir pitam dan menggigil ketika membacakan anugerah bagi Kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada ketika itu.
Melalui laman sosial Instagramnya, Maya bagaimanapun berkata, rakan artis, Faizal Hussein yang pada ketika itu turut menjadi pasangan penyampai anugerah menyelamatkan dia daripada terjatuh di pentas.
View this post on Instagram
A post shared by Maya Karin (@maya_karin)
Ketika diserang panik itu, Maya sempat meminta maaf dan terpaksa memegang bahu Faizal untuk memastikan dia tidak terjatuh atau tersungkur.
Sambil dibantu Faizal, Maya juga membuka kasut tumit tingginya, spontan meneruskan malam anugerah dengan membaca skrip di kad pencalonan anugerah
Dia terpaksa 'berkaki ayam', namun berjaya membacakan skrip walaupun dalam keadaan menggigil.
"Hero saya semalam, sangat gentleman, siap kutip kasut saya yang tertinggal di pentas," ujarnya di Instagram.
Dalam pada itu, Maya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu berkata, dia kini berada dalam keadaan baik, namun masih trauma dengan episod yang menimpanya.
"Keadaan saya semakin baik. Namun, saya masih trauma. Sudah tentu saya berharap ia tidak pernah berlaku," jelasnya.
Pada FFM32 itu, filem Spilt Gravy on Rice diangkat sebagai Filem Terbaik yang berlangsung meriah malam Jumaat bertempat di Encore Melaka.
BACA: 'Spilt Gravy on Rice' dinobat filem terbaik FFM-32
Topic Berkaitan
#Maya Karin
#panic attack
#FFM23
#Faizal Hussein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan