awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Antoine Semenyo sah sertai Manchester City dengan yuran perpindahan 65 juta pound
Greenland kekal di bawah Denmark, AS tidak akan langgar kedaulatan - Presiden Perancis
AFCON 2025: Aksi cemerlang Amad Diallo pastikan Ivory Coast ke suku akhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disiasat polis: Tak perlu dedah butiran keterangan - Abdul Hadi

Sinar Harian
Sinar Harian
03/09/2022
08:54 MYT
Disiasat polis: Tak perlu dedah butiran keterangan - Abdul Hadi
Abdul Hadi ketika sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas Ke-68 di Kompleks Pas Kedah hari ini. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak berhasrat untuk mendedahkan butiran keterangan siasatan membabitkan dirinya kepada pengetahuan umum.
Menurutnya, ia hanya akan didedahkan sekiranya kes berkenaan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.
"Saya sudah pergi Bukit Aman, walaupun ditawarkan oleh pegawai polis untuk datang ke pejabat saya, (tetapi) saya pilih ke Bukit Aman dan sudah berjumpa dengan pegawai polis dan berlaku soal siasat oleh pegawai terlibat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas ke-68 di Kompleks Pas Kedah, pada Sabtu.
Baru-baru ini, beberapa pihak membuat laporan polis susulan satu artikel ditulis Abdul Hadi berkaitan isu rasuah yang dikatakan mempunyai unsur-unsur perkauman.
Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah ditemani peguam telah hadir memberi keterangan di Bukit Aman pada 29 Ogos lalu.
Menurutnya, beliau secara sukarela hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan terhadap siasatan yang dianggap kontroversi oleh pihak tertentu.
“Saya juga bersedia untuk hadir lagi memberi keterangan sekiranya diminta berbuat demikian oleh polis. Kalau dipanggil lagi saya pergi lagilah," ujar beliau. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Presiden Pas disiasat
#Abdul Hadi Awang
#Hadi beri keterangan
#unsur perkauman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan