awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disiplin rakyat Perlis urus sampah bantu percepat surut banjir – Raja Muda

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2025
03:00 MYT
Disiplin rakyat Perlis urus sampah bantu percepat surut banjir – Raja Muda
Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Lailatul Shahreen berkenan menyantuni dua warga emas yang juga mangsa banjir di pusat penempatan sementara di Kangar.
KANGAR: Isu pembuangan sampah yang lazimnya menjadi cabaran utama setiap kali banjir melanda, kali ini dilihat kurang menimbulkan kesukaran susulan rakyat Perlis semakin berdisiplin dalam menguruskan sampah harian masing-masing.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sikap proaktif rakyat yang memberi keutamaan kepada kerjasama sejagat secara tidak langsung membantu mempercepatkan proses surut air di beberapa kawasan apabila sistem saliran dan longkang tidak tersumbat.
“Walaupun usaha ini wajar dipertingkatkan dari masa ke masa, situasi ini membantu mempercepatkan proses surut air,” titah baginda selepas berkenan meninjau beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bencana Banjir di negeri Perlis baru-baru ini.
Baginda turut menzahirkan penghargaan terhadap kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dalam menyelenggara sistem saliran dalaman, jalan, pertanian, kampung dan sungai.
Tindakan JPS Negeri yang segera mengepam air keluar di kawasan rendah serta inisiatif MPK membersihkan laluan dan sekatan saliran longkang di taman perumahan turut membantu mempercepatkan proses pembersihan pasca banjir.
Lawatan baginda bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta dua puteri, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail, melibatkan PPS UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau, PPS SK Guar Nangka, PPS SK Batu Bertangkup, PPS SK Bukit Keteri, PPS SK Beseri, PPS SK Behor Empiang dan PPS IPG Kampus Perlis.
Turut mengiringi, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa.
Dalam pada itu, Ku Chik menasihatkan mangsa banjir yang belum mendaftar dalam aplikasi MyIBJKM supaya segera berbuat demikian bagi memudahkan proses pengurusan kendiri sebelum, semasa dan selepas bencana.
“Aplikasi ini membolehkan mangsa mendaftar butiran peribadi, ahli keluarga, membuat daftar masuk dan keluar di PPS, menyemak lokasi PPS terdekat serta melihat butiran pendaftaran,” jelas beliau.
Topic Berkaitan
#banjir Perlis
#urus sampah
#banjir surut
#Raja Muda Perlis
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan