Diskaun penerbangan domestik: Ini lima perkara penting diumumkan Ismail Sabri

Harits Asyraf Hasnan
Julai 8, 2020 06:40 MYT
Susulan peningkatan harga tambang penerbangan, Malaysia Airlines Berhad (MAB) bersetuju memberi diskaun 20 peratus tambang penerbangan domestik kepada guru, pensyarah dan pelajar. - Foto BERNAMA
Susulan peningkatan harga tambang penerbangan, Malaysia Airlines Berhad (MAB) bersetuju memberi diskaun 20 peratus tambang penerbangan domestik kepada guru, pensyarah dan pelajar.
Perkara tersebut diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya hari ini.
Berikut lima perkara yang dinyatakan beliau hari ini:
1. PDRM mengeluarkan kompaun kepada 12 individu kerana sertai aktiviti sukan sentuh (8) dan aktiviti yang melanggar SOP (4).
2. 7 warganegara asing ditahan menerusi Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan
imigresen.
3. 375 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dari China, Indonesia, Jepun, India dan Qatar; seorang diarah ke hospital.
4. Malaysia Airlines Berhad (MAB) setuju beri diskaun 20 peratus tambang penerbangan domestik kepada guru, pensyarah dan pelajar.
5. Sebarang perhimpunan, perarakan berkait sambutan Hari Kebangsaan masih tidak dibenarkan.
#Imigresen #ismail sabri yaakob #Malaysia Airlines #PDRM #penerbangan Malaysia #PKP #PKPP #rakyat Malaysia #SOP