KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM13.67 juta daripada 287,500 saman yang dilunaskan orang ramai hingga semalam menerusi tawaran diskaun saman trafik sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kaunter diskaun yang dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) merekodkan kutipan RM431,330 daripada 8,943 saman dan portal MyBayar mencatatkan RM3.4 juta daripada 74,312 saman dijelaskan orang ramai.
"Kami terpaksa menutup kaunter PDRM di KLCC pada 4.30 petang tadi dan orang ramai jangan risau kerana mereka boleh terus membayar saman di Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang mempunyai kaunter trafik serta melalui portal MyBayar yang dibuka 24 jam," katanya kepada pemberita selepas meninjau kaunter PDRM yang dibuka sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC hari ini.
PDRM menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80 peratus bermula 9 hingga 12 Dis ini dengan tawaran pengurangan saman itu tidak melibatkan kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama dilakukan, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.
Selain bayaran di kaunter KLCC dan portal serta aplikasi MyBayar, orang ramai turut membuat bayaran melalui kaunter di cawangan trafik di seluruh negara.
Bernama
Fri Dec 10 2021
Mazlan berkata kaunter diskaun yang dibuka di KLCC merekodkan kutipan RM431,330 dan portal MyBayar (RM3.4 juta). - Gambar fail/ Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Polis tawar diskaun saman 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina
PDRM menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus terhadap pengguna jalan raya yang masih mempunyai saman tertunggak menerusi pembayaran atas talian bermula 18 hingga 22 Januari.