Hanya kerana berjanggut, mereka ditahan mengikut Akta Anti Keganasan di Britain.

Itu yang terjadi kepada salah seorang warga Malaysia, Farihin Abdul Fatah dan enam lagi rakannya ketika cuba memasuki negara itu, baru-baru ini bagi menyiapkan penggambaran dokumentari.

Akibatnya, mereka terpaksa meringkuk di dalam lokap selama dua hari dan disoal siasat pihak berkuasa Britain dengan alasan kesemua mereka kelihatan seperti pengganas.

Farihin sebelum ini dikenali sebagai penerbit album kumpulan nasyid terkenal, Raihan.

Bagi mengetahui cerita di sebalik insiden ini di talian kita bersama Farihin yang kini berada di London.